Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Dulu Pernah Fitnah Nabi SAW. Apa Jadi Selepas Setahun Buat Ramai TERKE JUT. Subhanallah. Diberi Hidayah Oleh Allah SWT Peluk Islam. Alhamdulillah.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
ISLAM adalah fitrah untuk semua manusia tanpa mengira status, latar belakang dan kaum. Ia merupakan suatu ajaran yang disediakan oleh Allah SWT untuk segenap lapisan manusia.
Ia bagi mencapai tujuan hidup di dunia ini iaitu mengenal dan mengabdikan diri kepada-Nya, sekali gus menuju ke alam yang kekal buat selama-lamanya di syurga kelak.
Sebab itu, apabila ajaran Islam dinafikan, malah hingga sampai tahap dihina maka golongan yang berbuat demikian sebenarnya sedang menolak fitrah diri mereka sendiri. Ternyata golongan yang tidak faham dan dikategorikan pula sebagai anti Islam belum dikurniakan hidayah daripada Allah SWT menyebabkan mereka bertindak demikian.
BUAT FILEM FITNA 2012 YANG PENUH KONTRO VERSI
Namun, apabila ajaran Islam itu dikaji dan difahami oleh golongan tersebut yang mana lama-kelamaan akan timbul rasa kefahaman serta kesedaran tentang kebenarannya. Itu adalah senario yang banyak berlaku pada hari ini termasuklah ke atas pembikin filem dari Belanda, Arnoud Van Doorn yang pernah mencetuskan kontro versi beberapa tahun lalu.
Van Doorn pernah membakar api kemarahan umat Islam di seluruh dunia apabila beliau yang sebelum itu amat anti Islam menerbitkan sebuah filem berjudul Fitna pada 2012.
Filem yang menghina Nabi Muhammad SAW itu dike cam oleh umat Islam biarpun sebelum itu beliau telah melancarkan propaganda an ti-Islam sejak bertahun-tahun lamanya. Namun, Van Doorn, yang merupakan bekas anggota Parti Bebas pimpinan Geert Wilders di Belanda, memeluk Islam setahun selepas itu selepas mengkaji tentang ajaran Islam.
PELUK ISLAM
Malah, tidak lama selepas memeluk Islam beliau telah mengerjakan ibadah haji dan menyatakan rasa kekesalan akan sikap, persepsi dan perkara yang dilakukannya itu.
“Saya amat berharap agar tangisan penyesalan saya ini akan dapat membasuh dosa-dosa saya terhadap Islam selama ini. Saya berasa amat malu ketika menziarahi makam Rasulullah.
“Saya malu dengan tindakan saya menerbitkan filem Fitna. Saya berharap semoga Allah menerima taubat saya di atas perbuatan saya ini,’’ katanya dengan nada penuh keinsafan.
Menurut Van Doorn, terlalu banyak cerita negatif mengenai Islam dan beliau merasakan perlu menyiasatnya sendiri bagi mengetahui tentang kebenaran perkara itu. Beliau telah mengumumkan tentang pengislamannya melalui laman Twitternya biarpun pada mulanya ramai tidak percaya dan menganggapnya suatu gurauan.
MEMBESAR DENGAN MAKLUMAT SALAH TENTANG ISLAM
Van Doorn yang mengetahui mengenai Islam menerusi media Belanda dan ahli politik Barat semuanya dalam bentuk nega tif selain berdasarkan persepsi yang sangat teruk.
Masyarakat Eropah juga katanya mengenali Islam memandang Islam sebagai sebuah agama yang suka memberi anca man, menin das wanita dan melahirkan pengga nas.
Namun Van Doorn memilih Islam sebagai cara hidupnya setelah menerima layanan yang baik daripada para jemaah semasa mengunjungi sebuah masjid di The Hague, Belanda. Katanya, kedua ibu bapanya merupakan penganut Kristian yang sangat taat dan amat menghormati agama dan budaya masyarakat lain di negaranya.
Namun ibu bapanya masih gagal untuk membuat diriya menyangkal maklumat diperoleh daripada media berhubung keburukan mengenai Islam.
“Saya merasakan perlu melindungi masyarakat daripada ‘kejaha tan’ dan ‘baha ya’ ini, maka saya bergabung dengan parti an ti Islam di Belanda itu yang dipimpin oleh Geert Wilders.
“Pada masa itu, saya menganggap dia sebagai contoh model terbaik. Semua ini disebabkan dia begitu berani menentang Islam dan melindungi kebebasan kami,” katanya.
Apabila menyertai parti itu, Van Doorn bermula sebagai seorang sukarelawan dan beberapa tahun kemudian menjadi penasihat politik utama kepada Geert.
TERDETIK PELUK ISLAM
Malah beliau juga dipertanggungjawabkan untuk menerbitkan filem Fitna dan mempromosikannya ke seluruh dunia bagi menyampaikan mesej an ti Islam itu. Mengimbas bagaimana beliau boleh memeluk Islam, katanya, ketika masih aktif dalam parti itu, terdetik dalam minda bagaimana 1.2 bilion orang di dunia menjadi orang Islam?
Mereka dilihat begitu gembira. Bagaimana perkara seumpama ini boleh berlaku? Adakah mereka tersilap arah? Perkara tersebut membuatkannya benar-benar tidak faham. Beliau juga mula berasa ragu-ragu tentang apa yang telah dibacanya selama ini tentang Islam menerusi media-media Barat yang sekali gus mencetuskan sentimen Islamophobia.
“Pada ketika itu, pemikiran saya mula berubah. Sebenarnya, saya tidak pernah memben ci Islam, tetapi saya adalah antara golongan yang mempunyai keta kutan terhadap Islam.
MULA PERGI MASJID UNTUK LEBIH KENAL ISLAM
“Seorang kawan saya berkata, kamu salah, kamu harus mendapat lebih banyak maklumat tepat tentang Islam. Pergi ke masjid dan berbual dengan para jemaah,” ujarnya.
Semua tanggapan nega tif terhadap Islam mula berubah apabila beliau dipelawa oleh seorang rakan untuk berkunjung ke Masjid As-Sunnah, masjid terbesar di The Hague. Biarpun menolak permintaan tersebut dengan memberi pelbagai alasan termasuk menyatakan kemungkinan dibu nuh apabila beliau tiba di masjid tersebut.
Tetapi beliau akhirnya berkunjung juga ke masjid itu dan mendapati layanan terbaik daripada jemaah termasuk mendapat penerangan serta nasihat daripada imam di situ.
Sambutan dan penerimaan yang sungguh baik daripada jemaah masjid membuatkan Van Doorn berasa terkejut, sekali gus menafikan Islam itu teruk, ja hat serta ga nas sifatnya.
“Saya benar-benar terkejut kerana orang di masjid itu begitu ramah dengan saya. Imam datang dan berjabat tangan dengan saya sambil mengucapkan selamat datang.
“Saya melihat ke dalam matanya, saya melihat kejujuran dan keikhlasan dalam diri mereka. Sejujurnya, ia satu saat yang begitu emosional buat saya pada ketika itu,” jelasnya.
Kisah Van Doorn itu menunjukkan bagaimana Allah memberi izin menerima hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya walaupun mereka ja hat, k afir mahupun terlampau banyak dosa. Selain itu ia memberi gambaran jelas semakin Islam itu ditentang maka semakin terserlah akan kebenarannya.
TERNYATA keceriaan jelas terpancar di wajah Van Doorn ketika menunaikan haji beberapa tahun lalu. Beliau menjadi bukti bahawa Allah SA W mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya walaupun sebelum itu dia seorang pendus ta agama
Sumber : khalifahmailonline / Utusan