Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Saya nak kongsikan apa yang telah dikatakan kepada saya 17 tahun lalu, apabila anak saya mening gal dunia, iaitu ‘tahniah dan takziah’.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Takziah kerana kesedihan kita di dunia dan tahniah kerana Allah hanya pilih orang-orang yang boleh menghadapinya saja.
Orang yang anaknya mening gal dunia tapi dia reda, Allah beri ganjaran yang sangat besar. Anak-anak yang mening gal waktu kecil dan belum baligh ini, insyaAllah menunggu kita di Padang Mahsyar.
Percayalah setiap jiwa yang suci itu, akhirnya akan dapat natijah yang baik juga.
Tetapi apabila diuji dengan perkara sebegini, saya nak pesan satu formula agar tenang…
Ia bukan apa yang berlaku PADA KITA tetapi apa yang berlaku DALAM JIWA kita.
Peristiwa yang berlaku itu takdir Allah. Respons atau tindakan kita terhadap apa yang berlaku adalah takdir diri kita. Itulah yang menentukan hasil kehidupan kita di dunia dan akhirat.
Dan bagaimana kita respons atau bertindak bergantung kepada akidah dan sistem nilai kita. Ya, apa yang berlaku di mata fizikal memang semuanya nampak nega tif. Mata naf su kita pun akan mula menyalahkan dan berputus asa.
Tapi mata akal yang berfikir akan menghasilkan zikir, lalu mencelikkan mata hati kita agar melihat HIKMAH peristiwa ini. Lantas menjadikan kita lebih dekat pada Allah dan lebih bertakwa kepada-Nya.
Sebab KPI dan tujuan hidup kita, aset terbesar di dunia ini adalah takwa kita. Yakinlah setiap ketakwaan menghasilkan ketenangan dan setiap kedegilan menghasilkan kepe dihan.
Jadi kalau diamalkan formula tadi, peristiwa yang nega tif tetapi respons yang sangat positif bersamaan dengan hasil yang tentunya positif. Hasil yang kita mahukan ialah kehidupan bahagia di dunia dan akhirat.
Jadi bagi ibu bapa dan keluarga, saya nak ucapkan semula apa yang telah diucap kepada saya oleh sepupu saya, iaitu ‘tahniah dan takziah’.
Henti Kelalaian
Sekarang saya ingin bercakap sebagai seorang ahli masyarakat. Sebagai doktor, apabila kita mengendalikan satu gejala, kita tentunya akan pergi kepada puncanya.
Apa yang kini berlaku pada kanak-kanak yang didapati positif da dah dan kebanyakannya masih di bawah umur, pastilah kita rasa bimbang. Kita rasa risau.
Fikirkan macam mana perkara ini boleh berlaku? Apakah suasana yang kita ada di negara kita sekarang?
Daripada segi role-modellingnya…
Daripada medianya…
Daripada surat khabarnya…
Daripada sekolahnya…
Daripada masyarakatnya…
Daripada media sosialnya…
Apakah kita menyebarkan kasih sayang, penghargaan, menghormati orang atau sebaliknya? Atau kesombongan, kega nasan, menunjuk-nunjuk, materia listik dan hedonis me?
Alangkah baiknya kalau kita ingat ma ti… ingat akhirat… ingat takwa… Tolong, hentikanlah kelalaian kita selama ini.
Penerbit rancangan patut buat polisi dan pemimpin di semua peringkat, boleh mengambil iktibar. Kalau boleh saya menyeru pada diri saya dan kita semua, hentikan sifat menyalahkan.
Sepatutnya kita semua harus mengambil tanggungjawab. Setiap perkara nega tif yang berlaku, sedikit sebanyak kita mesti bertanggungjawab.
Kita mesti melakukan perkara yang berbeza untuk mendapat situasi yang berbeza.
Kita tidak boleh mengubah kehidupan kita kalau tidak menjadi orang yang berbeza. Kalau kita orang yang sama hari ini, tentu esoknya hasil kehidupan kita juga sama.
Sebab itu apabila berlaku musi bah, kalau mengikut ulama bermakna 3 perkara, iaitu
Allah nak balas dosa kita.
Allah nak ampunkan dosa kita.
Allah nak naikkan darjat kita.
Kalau dengar perkongsian Datuk Dr. Sharifuddin Musa (bapa mangsa yang terselamat) dalam tra gedi keba karan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, lihatlah betapa tenangnya beliau. Dapat kita perhatikan ibu bapa kanak-kanak tahfiz ni, yang pentingnya jiwa tu macam mana.
Apabila berlaku musi bah dan seandainya kita marah, menurut ulama itu tandanya Allah membalas dosa kita. Tapi kalau kita sabar, Allah mengampunkan dosa kita. Dan kalau kita tenang, bererti Allah mengangkat darjat kita.
Sama seperti situasi pelajar yang cemerlang. Kita pasti beri ujian yang lebih susah lagi untuk memberi markah yang lebih kepadanya, bukan?
Macam itulah kehidupan kita. PENUH UJIAN.
Semua yang berlaku adalah ujian dan markahnya nanti kita akan dapat di Mahsyar nanti.
Oleh itu, sama-sama kita usaha agar tidak gunakan peristiwa ini untuk menyebarkan fitnah atau vi ralkan rasa ben ci, sebaliknya berilah kemaafan.
Kita berdoa agar ibu bapa mangsa dan yang menjadi pemang sa ini supaya bertaubat serta kita semua juga bertaubat.
Peka Dengan Persekitaran
Berkenaan kes anak-anak yang positif da dah dan tidak bersekolah… Di sini saya ingin menyeru pada semua pendidik, bolehkah kita cuba jangan fokus pada pelajar cemerlang saja?
UPSR telah berlalu, semua orang sibuk nak dapat 5A. Bagi pelajar 5A bagus diuar-uarkan, tapi yang gagal dapat 5A, apa kita nak buat?
Perhatikan situasi kanak-kanak tahfiz ini, yang dipilih Allah untuk mati dalam keadaan seperti ini, insyaAllah mereka dijanjikan syurga. Tetapi bagaimana yang menjadi pemangsanya?
Cuba perhatikan hidup kanak-kanak 11 tahun tahfiz dan 11 tahun pemangsa. Mereka lahir dari ibu dalam situasi yang sama, keduanya putih bersih, di hospital mungkin diletakkan sebelah-menyebelah dan mungkin disambut doktor yang sama. Tetapi sepanjang tempoh membesar, persekitaran dan didikan sekeliling, menjadikan mereka berbeza.
Satu sebagai mang sa, satu lagi pemang sa.
Dan bayangkan ibu bapa yang mengan dungkan anak-anak ini. Apakah situasi mereka masa mengan dung? Apakah mereka menjaga solat mereka? Jaga aurat mereka? Jaga pergaulan mereka?
Apa status ibu mengan dung menentukan bagaimana anaknya.
Dan bagaimana persekitaran yang dilalui oleh kanak-kanak ini… kalau nega tif, nega tiflah jadinya.
Justeru sangat penting bagi kita menentukan fardu ain kanak-kanak kita dijaga. Sebagai ibu bapa atau penjaga, menjadi kewajipan kita untuk memastikan anak-anak dididik dengan akidah yang mantap, ibadah yang sempurna dan akhlak yang lembut.
Bagaimana akidah ini dibina? Saya beri contoh di sekolah. Apakah kita menyebut bagaimana Allah menjadikan daun itu berwarna hijau? Dalam sains kita hanya kata daun hijau ada klorofil.
Sebenarnya kita kena sebut tentang ketuhanan. Asal kejadian daun dari kuasa Maha Pencipta. Kerana itu apabila orang merasa adanya Tuhan, mereka merasa dilihat Allah. Secara automatik akan ada GPS dalaman, akan rasa takut untuk buat salah.
Akidah yang mantap ini akan mela hirkan ibadah yang sempurna. Kita tahu Allah SWT tak pernah memungkiri janji-Nya, Allah kata, solat mence gah kemungkaran.
Tapi kalau masih berlaku kemungkaran maknanya apa?
Lihatlah ke dalam solat indeks negara kita, solat indeks sekolah kita, solat indeks pekerja-pekerja kita. Kalau satu organisasi nak mantap, solat mesti cukup dan tepat waktunya.
Akhlak lembut terhasil apabila ibadahnya lengkap. Ibadahnya lembut. Bayangkan kalau masyarakat kita akhlaknya lembut tentu tak ada isu vi ral yang negatif atau bahasa-bahasa kesat dilemparkan.
Buat golongan artis atau public figure yang mempunyai ramai pengikut di media sosial, bangkitlah semua. Ayuh gunakan pengaruh anda untuk menyeru kepada kebaikan.
Peganglah kata-kata ini, your life is not about you. Bukan untuk tunjuk betapa hebat, betapa cantik, betapa terkenalnya kita… Tapi betapa besarnya manfaat sebab Allah paling sayang orang yang paling bermanfaat.
Dan ingatlah mati. Lihat, kanak-kanak kecil pun ma ti. Maknanya kita juga boleh ma ti bila-bila. Seperti maksud hadis:
‘Orang paling bijak adalah orang paling ingat mati.’
Pegangan Hidup
Saya nak sebarkan konsep 5A yang baru, (bukan 5A akademik) iaitu Agama, Akidah, Akhlak, Amanah dan Adil. Amalkanlah.
Dan mulakan hari dengan S.E.N.Y.U.M:
S – Solat
E – Empati
N – Nutrisi yakni jadilah manusia nutrisi, bukan tok sik atau ra cun pada manusia lain
Y – Yakin pada Allah
U – Ubudiyah iaitu segalanya dibuat kerana Allah dengan syariat yang betul
M – Makrifatullah yakni kenal Allah dan baca Al-Quran
Sama-sama kita renungkan perkongsian ini. Semoga ia menjadi refleksi pada diri kita termasuk diri saya, dapat memberi inspirasi dan transformasi diri, insyaAllah.
Sehingga itu, teruslah mendoakan kesabaran dan ketenangan diri.
Wassalam.
Kredit : Norzalina Mohd Alias Sumber : harianmetroni