Pernah diperli, nak berhenti sekolah, Najwa Latif dapat 4 flat untuk ‘Master’

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Pernah nak berhenti sekolah, Najwa Latif dapat 4 flat untuk ‘Master’. Ketika di awal Iedakan internet dan You Tube, sudah tentu ramai yang mengenali penyanyi berwajah manis iaitu Najwa Latif. Ayu bertudung, Najwa yang ketika itu baru berusia belasan tahun telah tampil menyanyi sambil bermain gitar di You Tube sebelum mulai terkenal.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Mempertaruuhkan single pertamanya, Cinta Muka Buku, lagu tersebut kerap kali menjadi siulan anak-anak muda sezaman dengannya. Namun, setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia, karier seni Najwa dilihat agak perlahan kerana memberi tumpuan kepada pelajaran.

Menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tingggi dan pada masa yang sama menjadi tenaga pengajar di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi, Najwa dilihat masih lagi menyanyi walaupun sekadar memuat naik video nyanyian di Insta gram.

Pagi tadi, penyanyi tersebut telah memaklumkan berita gembira di media sosial miliknya dengan memberitahu mendapat 4 flat dalam pengajian Sarjana.

Kapsyen panjang Iebar yang dibuat oleh penyanyi kelahiran Batu Pahat, Johor itu turut menyebut beberapa nama penting dalam perjalanan Sarjananya dan dia juga sempat mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka.


Menjengah ke ruangan komen untuk posting tersebut, rata-rata netizen telah menzahirkan ucapan tahniah dan berasa kagum dengan kecemerlangan Najwa. Mereka turut mengakui bahawa kejayaan penyanyi ini benar-benar memberi inspirasi.

Sumber : astrogmpak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *