Ini 3 kaedah pagar rumah melalui amalan yang anda boleh buat sendiri

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sepanjang enam tahun penglibatan saya di dalam bidang perubatan Islam, selain merawat pesa kit-pesa kit yang diganggu makhluk halus, saya juga kerapkali diminta untuk pagar rumah.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Kebiasaannya, mereka meminta saya untuk pagar rumah disebabkan mereka mengatakan yang rumah mereka mengalami gangguan makhluk halus.

Jadi, di dalam arti kel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda tentang bagaimana caranya untuk memagar rumah. Tetapi, apa yang akan saya kongsikan ini agak berbeza sedikit.

Kesilapan Dalam Memagar Rumah

Apa yang saya perhatikan, kesilapan yang dilakukan oleh masyarakat kita ialah mereka mengharapkan 100% kepada perawat. Maksudnya, selepas rumah dipagar, penghuni rumah tidak melakukan apa-apa usaha untuk memastikan agar rumah mereka tidak diganggu oleh makhluk halus.

Apa yang masyarakat kita kurang sedar ialah, sebenarnya penghuni rumah itulah yang lebih utama untuk melakukan perkara-perkara yang boleh menjauhkan rumah mereka dari gangguan makhluk halus.

Di dalam arti kel kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana cara pagar rumah yang boleh anda lakukan sendiri, bersama dengan ahli keluarga anda di rumah, untuk memastikan yang rumah anda terpelihara samada dari gangguan makhluk halus ataupun sihir.

Pertama: Membaca surah al-Baqarah

Tidak diragukan lagi, terlalu banyak dalil-dalil yang menceritakan tentang kelebihan mengamalkan membaca surah al-Baqarah. Apatahlagi kalau selalu di baca di dalam rumah.

Rumah tidak dimasuki syaitan: Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Muslim dan An-Nasa-I meriwayatkan dari Suhail bin shalih, dari ayahnya, dari abu hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :“ Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai ku buran, sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan“.

At tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih.

Kedua: Banyakkan solat sunat 

Apakah tujuan solat sunat? Amalan-amalan sunat, khususnya solat, dilakukan bertujuan untuk menampung (melengkapi) sebarang kekurangan dan ketidaksempurnaan di dalam amalan-amalan fardhu.

Solat pula adalah amalan yang paling utama sekali. Oleh kerana itu, sangatlah penting untuk memastikan agar solat kita menjadi amalan yang paling baik sekali di sisi Allah s.w.t. Tetapi, sebagai manusia yang lemah, anda yakin yang solat anda sudah sempurna?

Sempurna dari segi perkara-perkara rukunnya, khusyuknya dan juga sunat-sunatnya. Di sinilah peranan solat sunat. Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Sesungguhnya amal seseorang yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya, jika solatnya baik (diterima), maka beruntung dan berbahagialah ia. Dan jika solatnya rosak (tidak diterima), maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang sesuatu daripada solat fardunya, Allah berfirman: “Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai solat sunat yang dapat menampung solat fardunya?”Demikianlah keadaan semua amalnya yang lain dihisab.” (HR At-Tirmizi r.a.)

Solat Sunat Afdal Di Rumah

Sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik solat ialah solat seorang lelaki di rumahnya kecuali yang fardu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW bersabda lagi: “Solat yang dikerjakan oleh seorang lelaki di rumahnya merupakan cahaya. Maka sesiapa yang mengkehendakinya, ia dapat menyinari rumahnya sehingga bercahaya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, marilah kita menerangi cahaya ke dalam rumah kita dengan memperbanyakkan solat-solat sunat.

InshaaAllah, rumah kita juga akan dipelihara dari gangguan makhluk halus.

Ketiga: Perbanyakkan membaca al-Quran

Al-Quran adalah kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi yang terakhir pula iaitulah Nabi Muhammad s.a.w. Ianya bertujuan untuk menjadi petunjuk kepada manusia untuk mendapatkan keredhaan Allah, di dunia dan di akhirat.

Terlalu banyak kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi apabila kita mengamalkan membacanya, apatahlagi jika mengamalkannya.

Termasuk juga, apabila kita selalu membaca al-Quran di dalam rumah, ianya bukan sahaja memberikan kelebihan kepada kita yang membacanya, lebih dari itu jin dan syaitan juga akan menjauhkan diri dari rumah yang selalu dibacakan al-Quran di dalamnya.

Itulah tiga tip yang dapat saya kongsikan dalam arti kel kali ini. Jika memang benar rumah anda mengalami gangguan makhluk halus, tidak salah jika anda meminta bantuan mana-mana perawat untuk pagar rumah anda, tetapi lebih utama anda sendiri perlu menghidupkan rumah anda dengan amalan-amalan di atas.

Sumber : perawatislam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *