Kandu ngan 7 bln tiba2 dijemput ilahi, suami isteri menangis mengenang kesilapan diri

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Disini saya ingin berkongsi pengalaman saya dan suami yang baru sahaja kehilangan anak perempuan kami atas kebo dohan kami sendiri. Kerana kebo dohan kerana ego Allah ambil anak perempuan kami yang kami nanti-nantikan. Semoga jadi pengajaran kepada pasa ngan yang baru berkahwin diluar sana.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Kami baru sahaja berkahwin tahun ni dah alhamdullilah rezeki selepas kahwin kami terus dikurniakan rezeki anak. Ia saya disahkan mengan dung 2bulan selepas kami berkahwin. Gembira tak terkata.

Atas sebab-sebab tertentu saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana ada masalah dengan ex company saya dan risaukan kesihatan kandu ngan saya. Suami pada mulanya okay tapi selepas itu segalanya berubah.

Sedikit demi sedikit dugaan datang bertubi-tubi. Suami saya masih belum “puas” dengan dunia bujang dia, dan saya dengan ego saya. Walaupun saya sudah tidak berkerja tapi saya buat full time baking dapatlah hasil jualan RM 2-4k sebulan dengan gaji suami RM3k+ sepatutnya kami boleh dikatanya stabil tapi kami selalu rasa TAK CUKUP walhal rezeki Allah bagi melimpah ruah tapi itulah kami TIDAK BERSYUKUR.

Suami selalu merungut baru seminggu duit gaji dah habis, saya selalu merungut terpaksa kurangkan belanja saya sebab banyak sangat komitment selepas berkahwin dan perlu simpan duit untuk menyambut kela hiran anak kami. Saya rasa saya dah banyak berkor ban dalam perkahwinan kami suami pun rasa begitu masing-masing ego. Kami dengan dunia kami.

Suami mula cakap bosan dengan saya, mula keluar balik lewat sehingga 3-4pagi dan tinggalkan saya keseorangan. Call tak angkat whatapps tak reply. Mula menipu, bersayang dengan perempuan lain dan bermacam-macam lagi.

Saya? Disebabkan “bengang” dengan sikap suami saya selalu lari tido rumah family tanpa izin suami, selalu bergado dan update status memalukan suami di so si al me dia. Dingin dan ego dengan suami.

Gadoh setiap hari dirumah seolah-olah kami ni orang asing tak bertegur masing-masing buat hal sendiri, bermulalah saya ugut suami suruh ce raikan saya selepas saya mela hirkan anak. Ego konon saya mampu hidup sara diri sendiri dengan anak saya. Hari-hari seperti zikir dimulut suruh suami ce raikan saya, suami diam dan mula jauhkan diri dari saya mula bermanja dengan rakan sekerjanya dan mula menyalahkan saya sebab tidak berkerja.

\Mula cakap saya membosankan dan sebagainya. Saya dengan ego saya menuduh suami bermacam-macam tuduhan dan memaksa suami mence raikan saya. Allah berdosanya kami bo dohnya kami,

Disebabkan kerana kebo dohan kami ego kami usia kandu ngan saya masuk 7 bulan Allah ambil anak perempuan kami. Secara tiba anak yang aktif menendang rahim saya, bergolek-golek dan makin rancak bergerak bila suami saya sentuh perut saya tiba-tiba tidak bergerak!

Kami ke klinik dan klinik maklumkan anak kami tiada heartbeat! Jantungnya sudah berhenti! Refer saya ke hospital dan hospital confirm anak kami yang bakal la hir lagi 2bulan ni telah mening gal dalam kandu ngan.

Ya Allah masa tu memang kami tak boleh terima, bagai tamparan hebat buat kami, suami terduduk saya mula mempersoalkan kenapa mengapa anak yang saya kan dung yang sangat aktif tiba-tiba jantungnya berhenti!!

Susah untuk kami terima dan doktor tidak tahu punca kenapa anak kami boleh secara tiba-tiba jantungnya berhenti. Dan masa tu segala kesalahan dan dosa kami sepanjang memgan dungkan anak kami mula bermain-main difikiran kami.

Ya Allah mesti anak kami sedih ibu bapanya selalu bergado Dan Allah ingin ambil kembali rahmatnya dari kami kerana dosa kami, kami menangis mengenangkan dosa kami dan dosa kami kepada anak kami sehingga Allah ambil dia kembali dari kami.

Suami setiap saat meminta maaf dan cakap ini semua salah dia, ya Allah luhurnya hati tengok suami menangis, kami menangis mengenangkan dosa kami sehingga mendapat balasan ini.

Saya dan suami redha dan pasrah, saya dipaksa bersalin awal. Sa kitnya tak terkata tapi saya redha ini balasan saya atas dosa saya kepada Allah, suami dan anak saya, 3 hari tahan sa kit yang teramat di hospital baru saya berjaya mela hirkan anak syurga kami. Suami setia disisi saya menangis tengok saya menahan sa kit.

Suami dan saya sekarang sedang berubah dan menerima hakikat balasan atas dosa kami. Alhamdullilah anak perempuan kami memberi 1001 makna dan pengajaran kepada kami untuk perbaiki hubu ngan kami dengan Allah dan perbaiki hubu ngan kami suami isteri. Terima kasih anak syurga mama hadirmu dinanti pemegianmu diredai.

Untuk pasa ngan yang baru berkahwin diluar sana janganlah melakukan kesalahan seperti kami suami isteri. Perkahwinan perlukan pengor banan, kesabaran dan buanglah ego masing-masing. Perkahwinan itu bukan mudah tapi kalau berjaya kekalkan kebahagian dalam rumah tangga insyallah Allah bagi kerahmatan dan keberkatan dalam perkahwinan. Itu yang kami rasa sekarang bahagia dan bersyurga atas segala yang Allah dah berikan kepada kami.

Terima kasih anak syurga mama dan papa terima kasih hadirmu dan pemegianmu memberi pengajaran dan rahmat kepada kami sayang.

– Mama anak syurga via IIUMC

Add Comment