Dh smp hospital pun masih pluk surat. Kisah posmen kmlangan yg akn dkenang jasanya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

AKU nak kongsi kisah 34 tahun lalu atau lebih tepat pada tanggal 10 Ogos 1982 di Kuala Lumpur. Ketika itu Norlisman Abu, seorang posmen sedang menunggang motosikalnya sambil membawa sejumlah surat biasa dan SURAT BERDAFTAR. Ma lang menimpa apabila motornya terba bas ketika cuba mengelak sebuah kereta yang melang gar traffic light.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Akibatnya, Norlisman pa rah kerana terhum ban di tepi jalan. Namun atas prinsip amanah, walau dalam keadaan berlumuran da rah dan terhoyong-hayang, dia tetap bangun dan berjalan mendapatkan surat-surat itu serta memeluknya dengan erat.

Walaupun polis yang tiba di situ memujuknya untuk mengambil surat itu, Norlisman hanya memberi surat biasa, tetapi tidak dengan SURAT BERDAFTAR. Akhirnya, dia dibawa ke hospital dgn SURAT-SURAT BERDAFTAR itu sekali. Di hospital juga begitu. Norlisman tetap enggan menyerahkan surat-surat tersebut sehinggalah wakil Pos datang mengambilnya di wad beliau dirawat.

Keputusan yang dibuat itu telah menyelamatkan surat-surat berdaftar tersebut sehingga semuanya selamat diserahkan kepada penerima beberapa hari selepas kejadian walaupun dalam keadaan dipenuhi da rah kering.

Beliau diberitahu, disebabkan surat-surat itu berda rah, ramai penerima terkejut dan ada juga yang ma rah. Tetapi selepas mereka tahu apa yang berlaku melalui akhbar, ada yang datang melawatnya di hospital.

Apa yang menarik dalam kes ini, waktu dia meme luk surat itu dalam keadaan berlumuran da rah, ada jurugambar sempat mengambil gambarnya. Esoknya, kesemua akhbar di negara ini menyiarkan foto berkenaan hingga menarik perhatian Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir. Dr. M kemudiannya mengarahkan Menteri melawat dan memberi penghormatan kepada beliau di HKL.

Sifat amanah Norlisman ternyata LUAR BIASA. Tak ramai yang tahu kisah ini atau mungkin dah lupa. Aku yang tahu dan ingat rasa bertanggungjawab untuk menukilkannya kembali agar ia tidak pudar ditelan masa. Dialah unsung hero yang kita perlu kenang jasa-jasanya.

Wajah terkini beliau

Petikan dari buku Kriminal penulis Syahril A. Kadir.

Sumber : karangkraf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *