Sukar nk lembutkn hati orang atau hati anak? Cuba amal ayat dan zikir ini, Insha-Allah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Assalamualaikum W.B.T. …

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam.

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Dalam mengharungi kehidupan sesama insan di dunia ini terutama sekali pasa ngan yang sudah berkahwin, tidak dapat dinafikan berlaku konflik sehingga salah seorang membawa diri dan mendiamkan diri.

Adakalanya permasalahan ini berlanjutan sehingga bertahun dan ada pihak yang akan mula tawar hati dan sudah tidak mampu di pujuk lagi.

Namun bagi mereka yang betul-betul ingin berusaha menjernihkan keadaan yang sedang keruh dan berniat untuk memperbetulkan keadaan tidak salah untuk mengamalkan ayat ini.

Sahabat yang di rahmati Allah …

Bacalah ayat ini yang pernah dibaca oleh Rasulullah S.A.W. kepada Saidina Umar Al-Khattab untuk memeluk agama Islam.

Baca sebanyak 19 kali dan sebut nama orang tersebut, Insha-Allah dengan izinnya, lembut hati orang itu.

Ini ayatnya …

Surah As-Syura, Ayat 19

Allahu lateefun bi ibadihi, yarzuqu may yashaa wahuwaal qawiyyul azeez …
(Sebaiknya membaca yang jawi)

Terjemahan:

Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Baca bersama zikir ‘Ya Latif ‘ …

Cara dan manfaatnya …

#1 : Cara pertama

Dibaca 19 kali dan niatkan agar Allah lembutkan hati mereka yang degil dalam menunaikan suruhan Allah, jadi hamba yang soleh dan berbaik-baik sesama muslim.

#2 : Cara kedua

Dibacakan zikir al lathiif 19 kali pada air dan beri minum pada anak agar lembut hati mendengar kata dan mudah/terang hati menunaikan ibadah.

Manfaat lainnya …

Oleh kerana si polan dan sipolan itu jauh,  amalkan zikir dan ayat tersebut sambil dengan yakin berdoa agar Allah makbulkan doa kita itu.

Diharap perkongsian tentang doa dan zikir melembutkan hati seseorang dari jauh di atas dapat memberikan kita kehidupan yang lebih tenang dan bahagia.

Sekadar perkongsian buat pengajaran diri sy sendiri dan para pembaca.

Wallahualam …

Sumber : mukminsolution.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *