Ini 8 tips power latih anak kecil seawal 5 tahun untuk solat tanpa disuruh

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Assalamualaikum…

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Sedikit perkongsian daripada Adlil Rajiah yang mempunyai seorang anak yang pernah vi ral 5 tahun lepas kerana didiagnosis sebagai “excessive screen exposure”, kini telah pulih sepenuhnya dan hebat dalam melaksanakan perintah Allah swt.

Bagi saya, anak ni bukan sekadar tanggungjawab. Tapi dia adalah satu bentuk DIDIKAN TERUS dari Allah untuk ibu bapanya.

Bila kita minta Allah jadikan kita ibu bapa yang penyabar, Allah turunkan situasi2 genting melalui anak untuk kita practice kesabaran.

Bila kita minta Allah jadikan kita ibu bapa yang cekap, Allah turunkan situasi2 haru biru melalui anak untuk kita practice kecekapan.

Bila kita minta Allah jadikan kita ibu bapa yang mudah tersenyum, Allah pertontonkan keletah2 anak yang comel dan mencuit hati agar kita terbiasa senyum dan bersyukur.

Saya sangat percaya setiap satu isu, ujian, musibah dan kesusahan yang ada pada anak adalah sejenis “peluang” untuk kita dalami potensi diri sendiri dan asbab kita jadi orang yang lebih akrab dengan Allah.

Semalam lepas Haikal solat Asar, dia terus capai Quran.

Saya senyum melihatnya.

It’s so overwhelming bila tengok anak yang dikan dung dah 7 tahun diberi nafas di dunia. Dah banyak “persona” yang terbentuk dalam dirinya. Saya mendekati Haikal dan pura2 tanya  “Haikal dah solat?”

“Dah.”  Jawab dia ringkas sambil tangan membelek quran mencari surah yang nak dibaca.

“Ummm mama nak tanya sikit ni. Apa yang Haikal dapat bila solat setiap hari?”

“Tak dapat apa pun.”

Erkk.
I was expecting dia jawab ‘dapat pahala’.
Tapi tiba2 dia sambung….

“Paksu kata, bila solat jangan fikir apa kita dapat. Kita solat sebab Allah suruh. Tapi Haikal perasan, bila Haikal solat, Haikal hilang macam2. Hilang marah, hilang bosan, hilang sombong, hilang tamak, hilang sedih, hilang ta kut, hilang risau. Sebab Haikal rasa connected dengan Allah. Bila solat, Haikal rasa Allah selalu jaga Haikal. Mama ada rasa camtu tak?”

Since ramai yang nak tahu, so saya just share apa yang saya pernah belajar dan apa yang saya sendiri buat pada Haikal.

So basically, ini 8 mindset saya dalam mendidik anak solat:

1. Anak ikut pattern solat mak bapak. Nak anak suka solat awal waktu dan berjemaah, mak bapak kena suka dulu. Kalau mak bapak pun solat subuh pukul 10 pagi, hmmmm bye.

2. Don’t make it hard, and jangan gelojoh nak anak cepat capai solat yang sempurna. Betulkan satu per satu.

3. Bacaan dalam solat: Dont make them memorise, but make them understand. Baru anak boleh feel masa baca surah dan bacaan2 tu semua.

4. Dosa pahala syurga neraka adalah konsep yang terlalu abstrak untuk anak2 kecik nak faham. Ramai parents yang guna konsep ni terlalu awal, and end up anak2 diorang kata mak ayah penipu. Sebab tak nampak pun api neraka yang membara2 tu.

5. Solat is like oxygen to the heart. Solat bukan untuk Allah, tapi untuk diri sendiri. Allah tetap tak luak kuasaNya walaupun kita tak solat. Tapi kita yang akan “ma ti lemas” bila tak solat.

6. Jangan suruh anak solat, tapi ajak anak solat.

7. Bila nak start ajar anak solat? As soon as anak dah tunjuk minat, dah boleh slowly introduce solat pada anak. Dalam masa yang sama, ibu bapa sendiri pun kena improve kualiti solat.

8. Jaga emosi anak. Kalau ikut islam pun, kita wajib ajar anak solat masa umur 7 tahun, tapi umur 10 tahun baru boleh pukul kalau anak tak solat. Bermaksud, tempoh 3 tahun tu adalah tempoh untuk ibu bapa didik anak solat dengan SABAR.

Sumber : Adlil Rajiah

Add Comment