Sedihnya, family asyik pandang ‘sinis’ pd kami, hanya kerana suami tak kerja kerajaan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ini kisah benar kehidupan aku.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Aku seorang isteri yang bekerjaya dalam perkhidmatan awam. Manakala suami pula seorang yang berkerjaya dalam bidang swasta. Kalau nak dibandingkan gaji memang aku akui gaji aku lebih tinggi dari dia. Tapi bagi aku, tiada istilah gaji aku, gaji dia tapi aku lebih suka bila sebut gaji kita.

Sebelum kami kahwin lagi aku dah ada kereta (buatan Malaysia je ya) manakala dia ada motor (kapcai buruk) untuk ulang alik pergi kerja. Kitaorang dah kahwin dekat 2 tahun tapi belum ada rezeki memiliki anak.

Kalau korang nak tahu, actually family aku sangat mengagungkan “kerja kerajaan”. Dari kecik sampai aku masuk U, mak aku selalu pesan belajar rajin-rajin nanti boleh kerja kerajaan. Sampai satu tahap dulu aku pernah mindset nak cari suami yang kerja kerajaan.

Sebelum kenal dengan suami aku sekarang ni, aku pernah kenal dengan pegawai polis. Tapi boleh dikatakan lelaki yang aku kenal ni, sama niat macam aku. Nak kenal dengan aku hanya disebabkan aku kerja kerajaan.

Korang faham tak? Sebelum ada ikatan apa-apa lagi dah bagitau “Awak kan gaji besar, boleh la beli kereta mewah sikit lepas kita kahwin. Boleh saya tumpang sekaki.” Padahal masa tu dia dah ada kereta Honda City.

Tapi masa tu aku bu ta. Aku nak bila aku kahwin nanti, kawan-kawan datang mesti akan Tanya, “Laki kau kerja apa?” Masa tu la kalau aku nak riak cakap laki kerja besar-besar. Lama kelamaan Allah tunjuk siapa dia sebenar. Aku malas nak cerita nanti mengaibkan pulak.

Dipendekkan cerita aku yang mintak putus (masa ni belum tunang pon). Masa tu la jugak mak ayah aku marah aku disebabkan terlepas laki yang kerja kerajaan. Aku diamkan je. Aku tahu Allah lindung aku dari lelaki yang macam tu.

Beberapa bulan lepas tu, secara kebetulan aku berkenalan dengan suami sekarang. Kenal kat fa ce bo ok je. Hehehe. Sepanjang kenal 3 bulan kitaorang pernah jumpa 2 kali. Tapi selama aku kenal aku tak pernah Tanya dia kerja apa. Dia pon tak pernah Tanya aku kerja apa. Lepas 6 bulan lebih kenal, dia Tanya melalui Whats app,

“Hantaran awak nak berapa?”

Sepanjang kenal dia tak pernah cakap pon dia suka aku. Tiba-tiba je Tanya hantaran.

Pastu aku balas, “Ikut kemampuan lelaki.”

Dia balas balik, “Saya ada simpanan 3k je ni? Sudi tak jadi isteri saya?”

Untuk pertama kalinya dalam hidup aku jumpa lelaki betul-betul serius nak kahwin.

Aku saja nak test, “Kalau betul nak, hujung minggu ni datang la ke rumah.”

Malam tu aku solat istikarah. Aku mohon kalau betul dia jodoh aku moga dipermudahkan urusan. Dipendekkan cerita, lepas seminggu dia jumpa family aku, kitaorang terus tunang dan majlis kahwin dijangka sebulan selepas. Agak kelam kabut bila majlis dalam masa terdekat.

Aku mintak pada family, aku tak nak pelamin, aku tak nak fotografer. Aku nak majlis simple je. Dan yang mengejutkan semua aku yang mintak hantaran 1k. Pada mula mak ayah aku sangat-sangat marah. Tapi aku berkeras nak juga macam tu. Last suami bagi jugak 3k. Sebab dia cakap dia memang dah niat nak bagi hantaran 3k.

Masa majlis akad nikah di masjid, mak aku tak sudi pon temankan aku masa tu. Dia cakap sibuk kat dapur. Sedih juga tapi aku fikir positif. Alhamdulillah majlis berjalan lancar, kos majlis kitaorang tak sampai 5k pon. Aku tahu sampai sekarang saudara mara masih mengata tentang majlis aku tu. Mak ayah aku pon masih terkilan sebab tak dapat menantukan laki kerja kerajaan.

Dengan hantaran aku 3k. Sampai sekarang aku ingat kata-kata mak saudara aku “Ada ijazah hantaran 3k, up la sikit, ingat senang nak jaga anak.” Mak aku balas, “Itu lah, buat malu je orang Tanya berapa hantaran.” Masa tu aku cu ri-cu ri dengar dalam bilik.

Sampai la aku kahwin, mak aku pernah berbisik, “Acik jangan bagi laki guna kete tu, dia nak naik kete, usaha sendiri.” Aku hanya angguk. Dalam hati aku sedih sangat. Kenapa nak utamakan harta benda dari sebuah perhubu ngan. Rezeki masing-masing Allah dah tentu.

Sepanjang perkahwinan kami, bila balik kampong, aku perasan yang mak ayah aku tak berapa rancak nak berborak dengan suami aku kalau nak dibandingkan dengan suami along aku yang ada Honda.

Pernah juga mak tersasul depan adik aku, “kalau la acik tu kahwin dengan si Z tu dah senang hidup.” Z tu nama pegawai polis tu. Aku dah jadi tawar hati nak balik kampong. Aku bukan nak jadi anak derhaka. Tapi bagi aku biar lah masa yang menentukan segalanya. Selepas kahwin ni dah tak terhingga banyak kali menangis makan hati.

Sampai sekarang suami selalu ingatkan “Pedulikan kata orang, kita berdoa je lah.” Alhamdulillah, sekarang suami aku dah berhenti kerja, dia da buat bisnes, dah ada kedai sendiri. Doakan dia ya. Untuk ingatan semua janganlah kita letakkan harta benda sebagai pengukur kebahagiaan. Tak selamanya kekal. Semua bukan milik kita.

Kalau kerja kerajaan sekali pon tapi kaki pu kul, tak pernah bagi nafkah, main perempuan lain, bahagia jugak ke??

– Puan N via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *