Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Setiap kali selepas waktu solat, penuhlah di pintu-pintu ke bahagian solat perempuan Masjid Nabawi dengan kaum Adam. Mereka menantikan pasangan masing-masing dengan penuh tabah. Lihatlah pengor banan suami kalian di sini.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Tiap kali ada yang berjalan keluar, mereka lenggukkan kepala ke atas dan kecilkan mata masing-masing. Lalu membuat teknik penge caman. Betul ke tidak ini isteri aku. Risau pula tetiba tersalah tarik tangan isteri orang lain. Kecoh pula jadinya. Kahkah.
Yang seronoknya benda ini sama saja dengan bapa-bapa dari negara lain. Semuanya sepesen duk menunggu. Ada yang berdiri memeluk tu buh. Ada yang dah risau, mula membuat panggilan. Ada yang dah penat, lalu duduk bersila atas lantai. Dan ada juga yang siap baring woih. Bila dah jumpa, diheretnya tangan si isteri lalu berjalan perlahan menuju ke hotel. Melalui kedai-kedai yang menjual macam-macam. Si suami masih erat memegang tangan isterinya. Teringat pesan ustaz mutawif,
“Haji haji semua kena jaga isteri masa pulang dari masjid. Pegang erat tangannya, ajak dia bersembang dengan kita. Alihkan tumpuan dia dari melihat kiri dan kanan. Dugaan haji haji sekalian, belum sampai Hari Tarwiyah pun dah ada yang melontar.” Si suami hadam dengan baik nasihat ini.
“Hajah, murah hajah. Neelofa, Fazura, Fatah Amin semua ada hajah. Jubah abaya kain sejuk 20 riyal saja hajah. Malu apa bosku,” terdengar suara jeritan peniaga dari sebelah kanan, fasih berbahasa Melayu.
“Eh bang, jubah abaya murahlah bang,” ucap si isteri. “Alamak dia dengarlah pula,” getus hati si suami. Tangannya masih menggenggam erat tangan si isterinya. Terus diheret tangan si suami ke sebelah kanan sana. Lalu dipegangnya kain itu. Terus beritahu saiz yang dia pakai. Peniaga sana pun cepat-cepat cari dan jumpa.
“Ini hajah,” ujar peniaga tersebut sambil menghulurkan jubah abaya tadi. “Cantik kan bang? Sesuai tak dengan saya?” kata si isteri sambil menekapkan abaya tadi ke badannya.
Si suami hanya tersenyum kambing. Dia bukannya tak nak belikan satu, cumanya setiap kali lalu dekat situ dia beli 2 pasang. Aduhai, ini nak duduk sini lagi sebulan, berapa banyaklah yang dia nak beli. Semalam pun dah berkilo-kilo pos ke Malaysia guna Pos Laju.
“Tapi yang, abang tak bawa duit ni,” datang idea si suami. Ini pun antara pesanan senyap yang dibisikkan oleh ustaz mutawif kepadanya. “Duit tak ada tak apa hajah, ambil dulu esok bayar,” tiba-tiba peniaga tadi menjampuk. “Alahai habislah,” getus hati si suami lagi. “Okeylah, kasi saya jubah ini 2. Esok saya bayar ya,” langsung begitu jawab si isteri.
Lepas dah siap masukkan dalam plastik, mereka teruskan perjalanan balik ke hotel. Hotel yang jaraknya tak sampai 100 meter dirasakan hampir sekilometer oleh si suami. Ya Allah, lambat lagi ke nak sampai. “Abang, saya dah mengantuklah. Jomlah balik, malam nanti nak bangun awal pergi Raudah pula,” ujar si isteri memecah kesunyian dan lamunannya.
“Fuh, mujurlah dah mengantuk,” lekas-lekas si suaminya menarik tangan isteri masuk ke pintu hotel itu. Janganlah nanti ternampak teko emas ke, buah tin ke, air Pepsi ke, dia terus segar balik. Kahkah. Cerita ini hanya rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan sesiapa. Jika ada terasa, anggaplah itu cerita kalian. Hahaha. Itulah.
Sumber; Najmi Farisham