Lepas sedekah RM5.00 pd org kurang siu man, pakcik jual air nira tutup kedai awal

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Rezeki boleh datang dalam pelbagai cara di saat kita memerlukan.  Sekiranya kita memohon dan berdoa, Insha-Allah akan beri rezeki kepada kita. Bab rezeki ni memang lah antara perkara yang dirahsiakan, tapi insha-Allah, kalau kita betul-betul minta, sekalikan dengan usaha, doa dan tawakkal, insha-Allah rezeki takkan ke mana.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Saya ada rakan sekerja yang kebetulan dia seorang ustaz. Jadi setiap hari, banyaklah ilmu yang akan dia kongsikan terutamanya bab amalan dalam kehidupan seharian.

Jadi kali ini saya nak kongsi kisah ustaz tu yang pernah menyaksikan sendiri, bagaimana seorang peniaga air nira seolah-olah menjemput rezeki jualannya pada hari itu.

Berikut adalah kisah yang dikongsikan kepada saya.

Semoga bermanfaat.

Saya pernah ke suatu pekan yang terkenal, tak nak sebut lah cukuplah tempat tu memang popular dalam kalangan kita rakyat Malaysia ni.

Saya nampak seorang pakcik berkain pelikat, berkopiah dan menjual air nira.

Ya, air nira yang mungkin dia proses sendiri.

Jualannya tak laku pun nampaknya, tak ada orang beli.

Saya pun kebetulan duduk lama tunggu isteri beli belah kat tepi tu, sambil tu dapat la perhatikan apa orang tua tu buat.  Duduk menunggu pelanggan nak beli air nira dia.  Tapi macam tak ada yang beli. Orang cuma lalu lalang depan dia je dan senyum-senyum.

Sampailah satu ketika, saya nampak ada orang kurang siuman mendekat kedainya.  Mungkin mintak duit kot.  Saya nampak orang tua peniaga kemudiannya dia hulur duit pada orang tu

Saya ke depan sikit, saya tengok dia hulur RM5.00 kat orang kurang siu man tu dan orang kurang siu man tu ambil, terus berlalu. Suka pulak orang tu bila dapat RM5.00, mungkin tak betul pun dia, tapi dia tahu nilai duit.

Biasa dapat seringgit je la kan.

Dan kemudian, saya rasa dah lama pulak saya duduk kat situ sambil tengok pakcik tu… dan saya pun rasa isteri dah lama pulak membeli belahnya… Jadi saya nak cari isteri la … sebab lepas ni saya nak kena gerak balik jauh pulak.

Beberapa ketika setelah saya jumpa isteri dan selesai urusan beli belah, saya kembali ke tempat tadi.

Saya niat, kot-kot saya boleh jumpa balik pakcik tu …

Ya, masih ada, tapi pakcik tu tengah kemas-kemas nak balik.

Aik (saya kata dalam hati), takkan cepat sangat dia balik, taknak menjual ke ?

Saya dekati pakcik tu, dan saya tanya …

“Dah nak balik ke cik”,

Dia kata, “Ye … air nira dah habis.”

Pakcik tu kata lagi, “Alhamdulillah … awal habis hari ni”

Aik, sekejap je rasanya saya cari isteri, datang balik dah habis.  Cepat betul, tadi rasa macam tak ada orang beli pun, sekarang dah habis pulak…. Takkan cepat sangat, ataupun dia bawak sikit je air nira tu.

(bisik dalam hati saya)

Saya tanya semula, “Ada orang borong ke pakcik ?”

Katanya pakcik tu, “tak juga … mungkin kebetulan hari ni rezeki pakcik, tiba-tiba ramai pula yang beli air nira ni. Dan sebenarnya, alhamdulillah, tiap kali pakcik meniaga kat sini, air nira ni memang akan habis.”

Saya pun kata “ok lah cik, tak ada rezeki saya.”

Pakcik tu balas balik, “kalau encik nak, Insha-Allah lagi 2-3 hari datanglah ke sini, nanti pakcik jual lagi.”

Saya kata, “tak apalah cik, sebab saya dah nak balik ke tempat kerja, ini pun singgah sebab isteri nak cari barang…”

Dan lepas beri salam, saya pun pergi dan terfikir-fikir, macamana jualan pakcik tadi begitu cepat habis, sedangkan sepanjang saya duduk tadi, tak ada orang yang beli pun.  Atau mungkin kerana balasan pakcik tu ‘sedekah’ duit kepada orang kurang siuman tadi sehingga menjadi asbab rezekinya terbuka pada hari itu ???

Jauh di hati saya mengatakan ya, sebab saya banyak dengar, kalau kita nak murah rezeki, kita beri dulu rezeki kepada orang lain, dan insha-Allah kita akan dapat balasannya berlipat kali ganda.

Wallahualam…

Pengajarannya,

Bersedekah ni kena jadikan amalan, kata ustaz tadi mengkahiri perbualan dengan saya.

Saya pun tersenyum, dan jawab … Insha-Allah ustaz. Jom minum, saya belanja

Sumber : Jaafar Ab Rahman (Penceramah Bebas Bertauliah)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *