Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (semoga Allah merahmatinya) berkata : Ini merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
#1. Mintalah Diwafatkan Dalam Keadaan Khusnul Khotimah
اللهم إني أسألك حسن الخاتمة
Allahumma inni as’aluka husnal khotimah
Ertinya: “Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah”
#2. Mintalah Agar Kita Diberikan Kesempatan Taubat Sebelum Wafat
اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت
Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut
Ertinya: “Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat”
#3. Mintalah Agar Hati Kita Ditetapkan di Atas Agamanya
اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika
Ertinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”
Kemudian saya sampaikan, jika kau sebarkan perkataan ini, dan kau berniat baik denganya, maka semoga menjadikan mudah urusan urusanmu di dunia dan akhirat.
Lakukanlah kebaikan walau sekecil apapun itu, kerana tidaklah kau ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkanmu ke Syurga Allah.
Apakah kelebihan sujud kepada Allah ini?
1. Salah satu cara untuk mendapatkan syafaat rasulullah S.A.W.
Sabda Nabi S.A.W.
“Mintalah pertolongan padaku dengan memperbanyakkan sujud”
2. Hamba yang terdekat pada Allah S.W.T. adalah ketika dia bersujud.
Itulah makna :
“Dan sujudlah (kepada Allah) dan berhampir dirilah (kepada-Nya).” – Al-Alaq :19
dan
“Terdapatlah di muka mereka itu adalah bekas sujud…” – Al-Fath: 29
Yang bermaksud bekas sujud itu adalah bekas muka mereka yang menampal tanah sewaktu sujud. Juga ada yang mengatakan itu adalah nur kekhusyukan yang memancar dari batin kepaa lahir. Ada juga yang mengatakan bekas wuduk yang nampak pada muka pada hari Kiamat.
3. Menyebabkan syaitan berlari sambil menangis:
Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Ketika anak Adam membaca (ayat) as-Sajadah. Lalu dia bersujud, maka syaitan lari sambil menangis dan berkata:
“Wahai celakanya aku. Dia diperintah sujud lalu bersujud, maka untuknya Syurga. Sedang aku diperintah sujud malah derhaka, sehingga untuk kulah Neraka.”
4. Antara Waktu Yang Paling Mustajab Berdoa.
Abu Hurairah berkata :
“Yang paling dekat seorang hamba kepada Allah adalah manakala dia bersujud. Oleh kerananya perbanyaklah doa ketika itu.”
Kesimpulannya.
Mari kita perbanyakkan melakukan solat sunat seperti solat dhuha, solat tahajud, solat witir dan pelbagai solat sunat lagi untuk memperbanyakkan sujud kepada Allah Ta’ala. Janganlah kita cari alasan untuk tidak melakukannya sebaliknya carilah masa untuk melakukannya.
Ibarat kata pepatah melayu, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.”
Ikuti ceramah ringkas mengenai 3 Doa Saat Sujud Terakhir :
Sumber : semuanyajdt