7 perkara yg ‘diharamkan’ anak-anak buat bila mak ayah duduk di rumah kita

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sering kita mendengar kisah anak-anak mening galkan ibu bapa di rumah kebajikan masyarakat ataupun di bawah jagaan rumah orang tua. Ini berpunca daripada kesempitan wang, bimbang keselamatan ibu bapa dan juga tidak tahan dengan karenah ibu bapa yang semakin lanjut usia. Tetapi ada juga yang berhati mulia ingin membawa ibu bapa tinggal bersama.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Bagaimanapun perlu diiingatkan, dalam keghai rahan membawa ibu bapa tinggal bersama, kita sebaiknya elakkan 7 perkara ini daripada berlaku kerana bimbang niat untuk mencari syurga, akhirnya menempah neraka.

1. Rumah saya, peraturan saya

Sudu salah letak komplen. Pinggan dicuci kurang bersih bising. Tidak ingatkah  ibu bapa  semakin uzur, penglihatan semakin kurang. Terimalah kekhilafan mereka seadanya. Atau kita lupa masa kecil berapa kali pecahkan pjnggan dan cawan ibu, tumpahkan nasi, ibu juga yang lapkan.

2. Bantal lembik dan busuk

Nampak macam mudah tetapi sebenarnya ramai yang abaikan. Berilah ibu bapa ruang tidur dan bantal terbaik. Ingat tak dulu masa kita lahir, ibu bapa sediakan satu set tilam dan bantal baru untuk menyambut kita?

3. Tengking anak

Tahulah kita ada anak-anak. Mereka pula degil. Di hadapan ibu bapa ini lah nak tunjuk kuasa. Jangan. Ibu bapa yang semakin tua jiwanya sensitif. Mereka mungkin terasa kita sedang memarahi mereka, biarpun kita  tidak bermaksud sebegitu. Alangkah baik, panggil anak masuk ke bilik dan nasihatkan mereka baik-baik. Ini juga salah satu teknik ‘good parenting’.

4. Membandingkan keluarga mertua

Tetamu seharusnya diutamakan tetapi di mana-manapun ibu bapa kita adalah keutamaan.  Walaupun keluarga mertua hebat dan berpangkat tinggi, tetapi semiskin atau sejahil manapun ibu bapa anda, layanilah mereka seperti raja.

5. Kikir / Kedekut

Kita tidak akan jatuh muflis jika memberikan ibu bapa makanan terbaik.  Berikan kepada ibu bapa, bukan hanya untuk anak dan isteri. Jemput ibu bapa makan bersama.

6. Anak jadi tuan

Dunia akhir zaman, ibu bapa jadi pengasuh cucu-cucu. Jimat kos. Lupakah kita ibu bapa sudah mengasuh kita, berilah peluang mereka berehat. Ibu bapa tidak menolak permintaan kita bukan bermakna mereka suka.

7. Merungut

Beras cepat habis. Bil semakin tinggi. Sedarlah wahai anak-anak, ibu bapa hanya menggunakan sebahagian kecil perkara yang disebutkan tadi.  Mereka bukanlah pengguna utama.

Sekiranya ada di antara anda melakukan perkara-perkara ini segeralah berubah. Mungkin anda tidak sedar dan menganggap ia perkara kecil, tetapi ia sebenarnya boleh membuatkan ibu bapa terkilan. Diharapkan senarai ini dapat memberikan sedikit input buat anda.

Sumber : semuanyajdt

Add Comment