Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Kita sudah mula melihat trend baru-baru ini mengenai barang hantaran dan tidak kurang juga yang menggunakan kesempatan ini untuk membeli sesuatu yang diminati pasangan masing-masing.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Dia beritahu itu adalah hak dia dan dia tidak pernah persoalkan orang lain tentang hantaran kerana itu hak mereka. Dia juga bagitahu yang kcam ni kenapa, bukan dia nak kahwin dengan orang yang kcam.
Gadis yang dikenali sebagai Qaisara berkata, permintaannya untuk wang hantaran berdasarkan taraf pendidikan itu adalah pandangan peribadinya.
“Lelaki boleh demand nak isteri pandai masak, nak perfect agama, pakaian semua elok, kenapa kami perempuan tak boleh demand hantaran tinggi? Konsepnya sama je.
“Lelaki kalau nak cari isteri mesti nak yang pandai masak. Korang ni nak kahwin ke nak cari maid (pembantu rumah). Kalau nak cari yang pandai masak, baik cari orang gaji je.
Disebabkan cakap tak serupa bikin mengenai isu wang hantaran sekurang-kurangnya RM15,000 kerana memiliki Ijazah Sarjana Muda, seorang gadis dike cam netizen. Bagaimanapun, menerusi video yang tu lar di media so si al pada Jumaat, gadis berkenaan bersama beberapa yang lain memberi reaksi mereka berhubung kritikan netizen.
“I pandai masak… tapi nak tanya juga, cukup ke RM15,000?,” katanya menerusi sebuah video berdurasi kira-kira 13 minit yang turut membabitkan tiga lagi gadis membincangkan tentang isu perkahwinan yang mengulas mengenai video kontroversi sebelum itu.

Bertudung hitam dan berbaju jajur hitam dan putih, Qaisara bagaimanapun mengaku silap semasa memberikan pandangan berhubung hantaran paling kurang RM15,000 itu.
“Memang salah saya… saya tahu (maksud) at least (sekurang-kurangnya) dan paling kurang tu apa. Bukan mengikut skrip tapi memang tersasul. Saya mengaku itu salah saya.
“Saya tetap dengan RM15,000,” katanya ketika ditanya mengenai pandangannya sebelum ini yang mahu wang hantaran sekurang-kurangnya RM10,000 atau paling kurang RM15,000.
Menurut Qaisara, dia turut menyedari menerusi ruangan komen di media sosi al, segelintir wanita turut membantah pandangan peribadinya dan memberi hujah mereka sendiri.
“Ada yang nak hantaran al-Quran, telekung je… itu pilihan korang, tak judge pun. Saya nak RM15,000, itu terpulang pada sayalah kan. Semua orang ada apa yang dia nak,” tambahnya.
Menurut gadis itu, dia turut mempunyai pandangan yang tidak bersetuju dengan kebanyakan lelaki yang meletakkan syarat kepakaran memasak sebagai kualiti bakal isteri.
“Macam lelaki, mereka nak isteri yang pandai masak. Saya tak setuju dengan benda tu sebab baik kahwin dengan orang gaji je. Tapi saya tak ada lah nak komen kata tak boleh sebab itu pandangan dia nak isteri macam tu.
“Macam saya cakap nak hantaran RM15,000, saya cari lah lelaki yang boleh bagi saya tu. Kenapa nak pergi dengan korang yang tak mampu ni,” katanya.
Sehubungan itu, dia meminta supaya semua pihak menghormati pandangan mereka berhubung wang hantaran kerana masing-masing berhak menyuarakan pendapat.
Namun, dia yang dikatakan memiliki Ijazah Sarjana Muda kemudian mengubah pendiriannya bahawa wang hantaran perlu dinilai berdasarkan tahap pendidikan.
“Apa kami cakap dalam video tu adalah pandangan kami. Semua boleh bagi pandangan masing-masing. Kenapa nak kena kecam, kami tak minta duit hantaran tu dengan korang pun. Macam kami tak nak kahwin dengan korang pun sampai triggered (melatah),” ujarnya.
Terdahulu, menerusi video yang tular dalam satu sesi temubual oleh sebuah syarikat penerbitan, Qaisara memberi pandangan bahawa dia tidak kisah berapa wang hantaran yang diberikan pihak keluarga lelaki selagi mengikut kemampuan mereka.
p/s: Peringatan untuk gadis itu dan semua orang, bila nak berkahwin utamakan yang wajib dahulu. Insyallah urusan anda akan di permudahkan. Dari membazir buat majis besar-besaran, baik guna duit tu untuk pelaburan masa depan bersama keluarga yang tercinta
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami