Amalkan doa dari surah Al-Quran ini untuk suami atau anak-anak yang suka marah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah..

Masalah sikap panas baran atau cepat melenting suami terhadap isteri dan anak-anak memang tidak dapat dielakkan pada mana-mana rumahtangga yang aman. Sudah menjadi lumrah hidup.

Bak kata perpatah melayu “Sedang lidah lagi tergigit”.

Tetapi sikap panas baran yang tidak terkawal itu yang amat ditakuti kerana setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai berita yang menye dihkan. Isteri kena pu kul, diten dang dan ditam par. Ada yang sanggup ten dang perut isteri yang sedang mengan dung. Ada yang lebih teruk lagi sampai ada diperlakukan seperti binatang, disete rika muka dsbg.

Sebelum berkahwin memang susah nak kenal hati budinya. Tetapi selepas tiga bulan baru tahu sikit perangai buruknya. Ada yang selepas dua tahun, suami yang sebelum ini “pijak semut tak ma ti” tiba-tiba berubah sikap.

Sikap cepat melenting dan panas baran walaupun berlaku sedikit kesalahan dari isteri itu. Bermacam-macam perkataan keluar dari mulutnya. Ma ki ha mun yang kurang wajar diluahkan pada isteri. Ini selalu berlaku apabila si suami sudah ada ” affair” dengan wanita lain.

Pada wanita yang dianiayai suami, usah gentar atau takut. Allah SWT akan makbulkan doa-doa dari orang yang dianiayai. Ini merupakan ujian Allah SWT kepada suami dan kepada isteri.

Sebagai isteri senjatanya hanyalah air mata dan doa. Maka perbanyakkan doa-doa. Merintih dan mengadu kepada Allah SWT akan kegundahan hati akan ada jalan keluar yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada suami agar panas ba rannya berkurang dan menjadi penyayang.

Bagaimana hendak mengamalkan doa-doa ini kepada suami atau anak-anak yang panas ba ran? Seperti biasanya diamalkan selepas solat. Untuk menyuruh suami atau anak-anak membaca doa-doa ini memang mustahil.

Caara yang lebih berkesan dengan membaca pada air kosong dan dibuatkan kopi atau teh bagi suami minum. Tidak mengapa jika ahli keluarga lain yang minum bersama.

Lakukan selepas solat asar jika menggunakan air kosong kerana ketika itu suami masih belum pulang dari tempat kerja. Dimulakan dengan Istighfar-3x, Shalawat Nabi-10x. Al-Fatihah-1x. Doa 1 dan 2 (3x). Penutup Salawat Nabi-10x.

DOA YANG PERTAMA.

Maksudnya:

“Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!.” (Surah Al-Anbiya: Ayat 69).

DOA YANG KEDUA.

Maksudnya:

22. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

23. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

24. Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

(Surah Hasyur: Ayat 22,23,24)

Sekian yang saya dapat kongsikan
Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua
Insya Allah..

Dipersilakan share.

Sumber : islamikinfo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *