Sup Ikan Siakap Ala Thai, selain sedap, memang terbaik utk pulihkan kesihatan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kejadian hari Sabtu. El dah lama nak cuba resepi dari Rancangan Selera oleh Nabila nih tapi bahan-bahan tak beli kan so tak dapat la nak masak.. kebetulan Sabtu tu pergi Puchong Utama nak bayar maintenance, kat area rumah lama el ni dekat je dengan Aeon Big ( dahulu nya carefour).. el dan mie pun singgah la nak beli barang dapur tuk masak tengah hari tu.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Best giler la dah lama tak pergi pasaraya Aeon Big tu.. banyak betul ikan, udang yang fresh2 dan ada potongan harga plak tu.. memang menarik dan murah2 lah.. ahaha naik gi la memilih udang dan ikan kat situ. So dah Nampak ikan Siakap yang fresh teringat nak cuba resepi tu jadi el pun beli lah bahan-bahan untuk memasak sup ikan siakap ala thai.

So kalau korang nak cuba boleh la try resepi ni.. sekarang ni el cuba masak makanan yang sihat2 jer macam sup2 dan rebus2.. sebab sekarang ni mie koles terol dia tinggi tapi belum kritikal lagih la. Untuk prevent that why el cuba masak makanan yang sihat untuk mie. And korang tahu tak pengambilan jambu batu setiap hari dapat mengurangkan koles terol dalam pembuluh da rah. Ok berbalik kita pada resepi tadi, el nak share dengan korang resepi nya..

Bahan-bahan nya:

Ikan siakap dipotong kecil / nak guna ikan lain pun boleh juga.

3 batang serai.

Bawang putih dicincang / ditumbuk.

1/2 inci Halia ditumbuk.

2 batang cili merah dihiris.

Akar daun ketumbar dibersihkan dan dipotong. Daun ketumbar pula dihiris.

Sos ikan.

5 biji limau nipis.

1 sudu kecil ada putih.

Sedikit garam.

Cara-cara nya:

1) Rebuskan sedikit air bersama serai, masuk kan bawang putih yang telah dicincang dan juga cili merah.. rebus kan sehingga mendidih.

2) Setelah mendidih masukkan akar daun ketumbar, masuk kan sos ikan dan juga jus limau nipis. Biarkan mendidih seketika. Masuk kan dalam 1 sudu kecil lada putih, sedikit garam dan gula untuk mengimbang kan rasa.

3) Setelah mendidih masuk kan ikan siakap dan biarkan mendidh selama 5 minit, tabur kan daun ketumbar dan matikan api. Sedia untuk dihidangkan..

Ini lah hasil nya …


Selamat mencuba yer …

Sumber : esmeraldabeads

Add Comment