Nafkah keluarga mmg suami kena cari, tapi kalau isteri pun kerja, jgn sebut ni

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tanggungjawab memberi nafkah diamanahkan kepada ketua keluarga iaitu suami yang wajib memberi nafkah, menjaga kebajikan isteri dan anak. Namun pada masa kini dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi, isteri perlu keluar bekerja untuk membantu suami.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Nafkah tidaklah bersifat mutlak kerana setiap orang tidak sama kemampuannya. Ada yang kaya dan berkemampuan menyediakan semua keperluan dan ada pula sebaliknya. Apa yang penting, suami memberikan komitmen dan melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin dengan memberi keselesaan kepada isteri, bukan kemewahan atau pembaziran yang melampau.

Dalam surah An-Nisaa ayat ke tiga puluh empat Allah telah berfirman :

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita. Oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka).

Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukuullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”

Teringat dialog time taaruf sebelum kami nikah dulu.

“Awak, lepas kawin nanti awak nak kerja ke?”. “Haah, saya nak kerja. Mak ayah saya suh kerja.”. “Tapi tempat terbaik seorang wanita itu kan di rumah. Jaga kemulian diri dan didik anak-anak. Tapi kalau awak nak kerja juga, boleh je..”

Lama suamiku Akmal Mokhtar ambik masa nak bagi aku paham tentang kelebihan menjadi surirumah ni. Dah dapat anak, baru aku rasa perasaan tu. Perasaan fitrah seorang ibu yg Allah bagi tu. Rasa sayang kat anak.

Semalam aku pergi program, aku pon tanya soalan yg tengah serabut dalam otak aku.

“Ustazah, haritu sy pergi bengkel kewangan. Dia kata pompuan kena cari duit. Prepare kalau suami, maa ti, suami kawin lain, suami masuk pen jara, suami sa kit, atau apa-apa lah berlaku. Saya dilema lah ustazah, pasal saya kalau boleh tak nak simpan duit. Nak jadi macam Saidina Abu Bakar, bagi semua harta kat jalan Allah.. Ustaz2 pon selalu kata tempat terbaik seorang pompuan tu kat rumah. Macam mana ustazah?”.

Maka jawapan Ustazah Qurrotul Aien begini :

“Pompuan ni macam kucing. Lelaki ni macam harimau. Kucing kan manja, suka menyinding-nyinding, suka dibelai, bila tuan balik, berlari ke tuannya. Adalah sangat bahaya jika kucing tu keluar. Harimau pulak memang dicipta mesti keluar cari rezeki. Kalau dok rumah, lagi bahaya.

Lagi banyak dosa jika lelaki di rumah dan lagi banyak dosa jika perempuan di luar. Jadi tempat paling selamat utk wanita ialah rumah. Hiduplah dalam dunia realiti. Jangan terawang-awang dengan kata kalau-kalau. Benda tu belum pon terjadi.

Mana pulak tau kalau kita yg maa ti dulu ?

Sibuk duk pikir suami maa ti. Adapun persediaan yang kita kena buat ialah bersedia sebagai muslim yg hidup. Apa tu? Siapkan Islam dalam diri kita. Cari ilmu, hidup sebagai wanita yg ada cahaya dalam dada. Kita kena sediakan mental utk sentiasa rasa Allah ada bersama kita. Kuasa Allah yg akan bagi rezeki kat kita. Minda kita kena sedia bersih dari sifat jahiliyyah.

Niat.

Niat kerja nak apa ? nak cari duit poket ? Nak beli itu ini.

Niat tu kena betul dulu. Nak kerja, niat tu mesti sebab nak sedekah. Sedekah kat suami. Sedekah kat Islam.

Nabi pernah cakap, isteri dia yg paling cepat masuk syurga ialah yg paling panjang tangannya.

Siapa paling panjang tu ?

Zainab bt Jahsy

Sebab apa paling panjang tangan? Sebab dia bekerja utk Islam. Dia menjahit dan duit tu dia guna semuanya utk perjuangan Islam. Nafkah keluarga itu suami kena cari. Suami kena sedia dua set pakaian luar dalam utk isteri. Tapi jika isteri nak beli sendiri, niatlah kita sedekah kat suami.

Tapi lepas ni, jangan mengungkit pula. Abang tak pernah beli baju utk saya sepanjang sepuluh tahun kawin.  Habis semua pahala sepuluh tahun bersedekah.

Wallahualam. Semoga bermanfaat

Sumber : Amira Shazwani Ridzuan via memorikini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *