Kena tahu apa hkum bergambar dgn org yg tak tutup aurat lepas tu upload kat media sosi al?

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Hati-hati berkongsi setiap foto di laman sosial kerana setiap individu itu akan menanggung do sa secara ‘berjemaah’.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

KEGEMBIRAAN berkongsi foto di laman sosial kadang-kala membuatkan segelintir individu terleka dengan tuntutan agama khususnya hal melibatkan aurat.

Jika diperhatikan, wujud juga segelintir individu yang memakai pakaian tidak menutup aurat, namun membuat suntingan dengan meletakkan sticker pada anggota badan tertentu apabila foto tersebut dimuat naik.

Bagaimana pula jika kita sudah menutup aurat, namun rakan dalam foto yang dikongsi itu tidak memakai tudung, berpakaian seksi dan sebagainya. Apa hukumnya?

Sehubungan itu, mStar Online menerusi ruangan Ad-din mendapatkan pandangan pendakwah bebas yang juga Pencetus Ummah (PU) Amin, untuk memberi ulasan berhubung hal berkenaan.

Menurut PU Amin, menjadi satu do sa apabila seorang individu berkongsi foto yang tidak menepati syariah Islam di laman sosial.

“Ia do sa yang bersifat berjemaah atau berkumpulan, maknanya orang dalam gambar dapat do sa, orang yang upload dapat do sa, orang yang tengok dan orang yang tak tegur pun dapat do sa.

“Selagi tak dibuang, do sa akan berterusan biarpun individu itu sudah mening gal du nia. Saham do sa juga ada untuk mereka yang terlibat.

“Islam tak larang bergambar, nak ambil gambar dari atas sampai bawah pun boleh. Cuma pastikan ia menepati ketetapan dan tiada sebarang unsur yang mengundang fitnah,” ujarnya.

Pandangan PU Amin ini susulan kenyataan pelakon, Noorkhiriah yang enggan memuat naik foto bersama seorang artis wanita, gandingannya dalam drama Nur disebabkan ingin menjaga aurat wanita itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, ia menjadi tanggungjawab kita untuk mengubah persekitaran laman sosial jika ia sering dipenuhi dengan posting berbaur maks iat dan mengundang do sa.

Malah, setiap pengguna laman sosial juga perlu memastikan apa yang dimuat naik oleh mereka bermanfaat dan boleh mendekatkan semua orang dengan Allah.

“Tak boleh kata Instagram atau Fa ce bo ok banyak maksiat, apa pula kita buat untuk bagi manfaat di laman sosial itu? Tanggungjawab kita untuk ubah, bukan hentam.

“Gambar makanan, permandangan, semua boleh. Tapi tengok tujuan pula. Adakah sekadar nak kongsi menu, atau nak berlagak dan menunjuk hidangan mahal serta mampu pergi melancong sahaja?

“Itu dah wujud perasaan sombong, perkongsian itu pun dah jadi tak ada nilai. Cuba fikir, apabila postsesuatu, adakah ia membawa manfaat atau mudarat pada orang lain?

“Apa kata ambil potongan terjemahan ayat al-Quran atau hadis, kata-kata ulama, kita kongsi di kapsyen gambar. Orang yang tengok pun dapat pahala,” katanya lagi.

Ramai individu yang gemar berkongsi foto dan video di Instagram dalam kehidupan serba moden hari ini. – Foto : Naomi D’Souza

Selain itu, PU Amin turut mengulas pilihan sesetengah individu yang menyunting foto mereka dengan sticker bagi menutup anggota badan tertentu.

Jelasnya, dia memuji sikap itu yang peka dengan sensitiviti, namun ia masih tidak menghalalkan perbuatan membuka aurat di dunia nyata oleh individu tersebut.

Selain aurat, PU Amin juga menasihatkan pelayar laman so si al supaya mengambil gambar yang bertepatan dan mengambil kira semua aspek termasuk latar belakang gambar.

“Tempat bern ajis, kawasan kotor atau kawasan sampah dan sebagainya, itu tak boleh dipandang ringan.

“Gambar yang tak ada sebab dan tak ada nilai, contohnya wanita bertudung ambil gambar dengan anjing. Kalau dia doktor haiwan atau nak beri makan, tak apa.

“Kalau tak ada sebab, ia boleh cetuskan sangkaan buruk terhadap orang yang menutup aurat,” katanya.

Selain itu, pasangan suami-isteri yang sudah halal dinikahkan juga tidak dibenarkan memuat naik foto mesra seperti berci um walaupun mereka menutup aurat dengan sempurna kerana ia boleh mengundang fitnah.

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *