Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Jangan sampai guna duit raya anak untuk kepentingan sendiri ya, mak ayah kena beringat. Perkara ini perlu dipanjangkan sebab memang banyak kes mak ayah terguna duit raya anak bila sudah terdesak.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Awalnya memang niat nak ganti, tetapi akhirnya buat diam dan makan tahun nak boleh ganti balik. Sudahnya cerita guna duit raya anak ini jadi macam mak ayah ambil terus duit anak.
Nauzubillah… kalau pernah terbuat, baca perkongsian ini ya. Hadam dan berubahlah demi anak-anak.
Hukum Guna Duit Raya Anak
Biasalah, anak-anak yang masih kecil dan masih belum pandai menguruskan duit raya yang mereka perolehi. Jadi, inilah tanggungjawab mak ayah untuk menguruskan duit raya anak-anak mereka dengan baik.
Tetapi ingat ya, duit raya anak adalah kepunyaan anak dan mak ayah hanyalah sebagai pemegang amanah untuk menjaga duit raya sehinggalah mereka pandai untuk menguruskan duit mereka sendiri.
Hukumnya har ramm jika kita menggunakan duit raya anak-anak. Jika keadaan terlalu mendesak, kita boleh meminjam namun adalah wajib dibayar balik.
Sebaik saja mereka mendapat duit raya, kita sebagai ibu bapa perlulah amanah untuk menguruskan wang tersebut.
Tolonglah, tak baik kita sebagai ibu bapa ‘makan’ duit yang orang telah berikan kepada anak-anak kita. Kalau terlalu terdesak, kita gantikan semula. Jangan buat-buat lupa, bimbang di akhirat kelak kita akan ditanya kenapa tidak amanah.
Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga pernah menjawab isu yang sama dalam ceramahnya.
“Perkara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang menggunakan duit raya anak-anak untuk membeli sport rim, spoiler dan lain-lain.
har ramm guna duit raya anak-anak untuk kepentingan diri. Namun boleh gunakan duit raya anak-anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak dipotong sebab tak bayar. Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak.
Jadi boleh gunakan duit raya anak-anak untuk membayar bil elektrik. Walau bagaimanapun ia perlu dibayar segera.”
Cara Uruskan Duit Raya Anak Dengan Betul
ASINGKAN
Pastikan duit raya untuk setiap anak anda diasingkan untuk mengelakkan percampuran duit raya. Ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap anak kita mendapat jumlah duit raya yang sama (kerana biasanya orang akan bagi sama untuk setiap orang)
TABUNG KHAS
Sepertimana tabungan biasa, pastikan setiap anak kita mempunyai tabung yang berlainan. Menyediakan tabung untuk anak kita dapat mengajar anak kita untuk rajin menabung dan dalam masa sama memudahkan pengurusan duit raya anak kita.
SIMPAN DALAM BANK
Setelah habis raya, kira dan simpan duit raya anak kita ke dalam bank yang memberikan pulangan yang baik setiap tahun. Pastikan akaun tersebut dibuat khas untuk anak anda (dengan ibu / bapa sebagai penjaga), bukannya duit raya tersebut dimasukkan ke dalam akaun ibu bapa.
Antara tabungan terbaik adalah di Tabung Haji, tetapi mak ayah juga bebas untuk memilih di mana anda nak simpan duit anak.
Sumber : beritadinding