‘Rumah Kampung Je..?’ – Ramai Terkejut Saat Melihat Dekorasi Dalaman Yang Sangat Style

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Rumah kampung yang ditinggalkan tak berpenghuni ini asalnya rumah bekas ar wah nenek yang terletak di Tuaran, Sabah, Tuan Asri Meris Anthony.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

“Kami berkongsi beberapa gambar dari awal transformasi bermula sehingga ke hari ini, bukan untuk riak atau menunjuk. Tapi kami gembira dapat berkongsi idea transformasi kami yang mana diharap dapat memberi inspirasi kepada rakan yang lain.

Bajet sikit demi sedikit

“Ini kerana kami bukanlah golongan ada-ada yang meletakkan budget selepuk untuk keseluruhan kos transformasi. Cukup dengan menggunakan daya imaginasi yang agak tinggi untuk menghasilkan apa yang diidamkan dengan material kos sederhana.”

Pasangan suami isteri ini, Tuan Asri Meris Anthony dan Puan Siti Rohani kerap kali ke luar negara, dalam penjelajahan itulah mereka memperoleh idea dekorasi kediaman.

Setelah mendapat pekerjaan di Sabah, mereka mula menetap di rumah yang ditransformasikan itu. Pasangan ini juga merupakan ad min group Kelab Deco Deco Rumah (KDDR) dan mereka banyak berkongsi tip dan informasi dekorasi dalam grup berkenaan.

Kronologi Transformasi Pada Setiap Gambar (Rujuk Tarikhnya)

Struktur Asal Dan Setelah Dicat Semula

Ini adalah struktur asal dan setelah dicat semula. Warna asal rumah ini adalah warna kuning lembut. Banyak kayu struktur asal telah reput dan rosak, terutamanya bahagian dinding dan tangga.  

Meratakan Tanah Bahagian Bawah Rumah

Proses Tukar Tingkap

Hampir semua tingkap di setiap ruang ditukar dan ini memerlukan proses yang agak memakan masa kerana tukang ukur akan mengukur setiap satu tingkap dan membuat tingkap tersebut di kilang mereka selama hampir sebulan sebelum proses pemasangan bermula. Kami memilih frame putih dan clear glass yang mana bersesuaian dengan konsep English.

Membuang Kayu-kayu Reput

Proses Menukar Pintu

Proses Pembuatan Tangga Dan Balcony Bermula

Proses Menghias Ruang Balcony

Proses Pemasangan Dan Menunggu Proses Railing

Siap Pemasangan Railing

Proses Memasang Tiles

Inspirasi Konsep Shabby & Cottage

Menghias Ruang Tamu

Bulan March

Hasilnya Memang Luar Biasa!

Tadaaaaaa… Inilah hasilnya.. Walaupun bukanlah segah rumah banglo atau istana, tak semewah rumah orang lain, tapi Alhamdulillah kami happy dapat mengubah rumah yang pada asalnya terbiar lama & hampir reput berubah kepada istana impian kami sekeluarga yang penuh dengan kasih sayang.. hehehehe

Transformasi Paling Latest

Sumber/Foto: Asri Meris Anthony via celotehsaja

One thought on “‘Rumah Kampung Je..?’ – Ramai Terkejut Saat Melihat Dekorasi Dalaman Yang Sangat Style

Leave a Reply to Adiputra Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *