Gadis Cantik Ini Tu lar Lepas Kongsi Kisah Peluk Islam “Masa di UiTM Saya Belum Berani”

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Bukan mudah bagi seorang mualaf untuk berterus-terang dengan ahli keluarga terutama bapa sendiri tentang niat untuk menukar agama.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Walau bagaimanapun, seorang gadis yang dikenali sebagai Isabella Dickson Abdullah bertuah mempunyai seorang bapa yang memahami dan baru sahaja berhijrah ke agama Islam, semalam.

Kisah penghijrahan yang dikongsikan Isabella dalam laman media sosial Twitter menerima lebih 20,000 reaksi dan hampir 10,000 ‘retweet’.

“ Anda tahu perkara dan hari apa yang paling terbaik pernah tejadi dalam hidup saya? Mendapat restu daripada ayah untuk ‘berhijrah’. Saya rasa diberkati,” katanya menerusi laman Twitter @SabellDickson.

Kongsinya lagi, minat terhadap Islam mula dipupuk sejak dia menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan dikelilingi rakan-rakan beragama Islam.

“ Saya suka mencari ramai kawan baharu, dan dikelilingi kawan-kawan beragama Islam, jadi perasan ingin tahu (mengenai Islam) semakin bertambah. Perlahan-lahan nak ambil tahu pasal semua.

“ Tetapi, perkara paling susah Bell nak bagitahu ibu bapa yang Bell nak convert (berhijrah). Masa di UiTM, Bell belum lagi ada keberanian nak terangkan semuanya kepada ayah sebab Bell ada dua orang je (saja) perempuan dalam adik beradik.

“ Mungkin susah untuk ayah Bell nak lepaskan Bell … tetapi ayah akan okey keesokan hari bila Bell beritahu dia. Bell berharap mendiang ibu masih ada di sini … Saya ingin katakan saya bersyukur ayah tidak pernah halang anaknya mencari kebahagiaan sendiri,” katanya.

Luahan yang menyentuh perasaan itu membuat warga maya terharu dan rata-ratanya mengucapkan syukur dan mendoakan supaya dia dapat menyesuaikan diri dalam ‘suasana’ baharu itu.

“ Alhamdulillah,syukur. Moga kuat dan istiqamah,” kata pengguna Twitter @lizasabarina.

Seorang lagi pengguna Twitter, @Nik_frds14 berharap Isabella dapat menerima lebih banyak ‘kemanisan’ dalam mengenal Islam.

“ Alhamdulillah. Syukur. Semoga bertambah kemanisan dalam mengenali Islam,” katanya.

Isabella turut berkongsi di Twitter beliau tentang kisah penghijrahan memeluk Islam dan latar belakang keluarga beliau. Katanya terdapat ahli keluarganya yang lain telah memeluk Islam terlebih dahulu.

” For those yg tertanya2 pasal me jd mualaf… Tbh, my family memang dah ada yang masuk islam.. Dlm adik beradik bell sendiri yg 1st masuk islam is my along.. Abang sulungg bell.. And sepupu bell ramai yg mualaf.. I saw my along dari kecik lagi and asking him so many things..”

” And masuk Uitm, pun sama… Bella dkelilingi kawan2 yg beragama islam.. Roomate pun i choose orang yg beragama islam… Im super excited bila tngok diorg solat and pakai tudung… So i try slow2.., tambal Isabella lagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber: utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *