Baju lelaki sekarang singkat dan seluar londeh, aurat terbuka masa sujud

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ada pakaian yang lebih sesuai utk mngadap ilahi..

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Entah berapa puluh kali aku tengok orang lelaki sembahyang gini. Elok berwuduk, ambil saf, tapi ketika sujud habis terselak baju sampai nampak pungkoq.

Ada juga satu dua kes yang aku tegur. Bagusnya adalah mereka ucap terima kasih. Kemudian, betulkan balik baju, selit di seluar dan solat semula.

Ada pula yang ditegur pun buat tak tahu. Katanya tak apa. Nanti masa solat dia akan tarik baju ketika rukuk dan sujud. Aku iyakan ajalah. Sudahlah masa tu dia jadi imam.

Seperti yang aku jangkakan, ketika rukuk nampaklah bahagian belakang badannya. Terus aku mufaraqah dari berimamkan beliau.

Kadang-kadang, kita nak cepat. Lepas siap solat, nampak juga spesis begini. Terus sahaja aku ke belakang beliau, selit baju ke dalam seluar. Biarlah dia geli ke apa. Yang penting, aku dah bantu agar solatnya tidak batal.

Orang lelaki ni pantang nampak aurat perempuan, walau sehelai rambut sekalipun. Cepat-cepat dia tegur. Tapi bab semudah ini pun terlepas pandang. Bukan tak tahu, tapi dibiarkan sahaja. Dah biasa agaknya, atau tak pernah orang tegur.

Tahu dah seluar londeh atau tshirt singkat, tetap juga buat-buat tak nampak. Kalau rasa susah nak tukar kain pelikat, tuck in je baju ke seluar. Mudah je kan.

Tapi bebel macam mana pun, tetap wujud lagi kaum lelaki yang sebegini. Tak percaya? Cuba perhatikan masa solat asar, maghrib dan isyak nanti. Baik di surau, masjid, rnr, surau mall dan lain-lain.

Gambar adalah lakonan semula. Aku minta anak aku Al-Fatih dan sepupunya berlakon. Baru 6 tahun, tak apa berlakon gini. Haha

Sumber; Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *