Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Duduk dan solat di ku bur adalah dilarang didalam islam. Hal ini terdapat penjelasan hadis Nabi Muhammad SAW iaitu:
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
لا تجلسوا على القبور ولا تصلّوا إليها
“Janganlah kalian duduk di atas ku bur dan jangan pula solat menghadapnya” [riwayat Muslim].
Namun begitu, solat yang tidak melibatkan rukuk dan sujud seperti solat jenazah dibolehkan untuk dilakukan di ku bur. Berikut adalah penjelasan daripada Dr Kamilin Jamilin. Semoga bermanfaat.
SUNNAH SOLAT JENA ZAH DI KU BUR BAGI YANG TERLEPAS
Ramai yang bertanya pada saya tentang gambar Datuk Mufti Wilayah Persekutuan -hafizhahullah- yang menyolatkan jenazah di sebuah ku bur yang diziarahi beliau baru-baru ini.
Saya kongsikan secara ringkas sebagai ilmu sunnah yang belum diketahui ramai.
1. Harus melakukan solat jena zah di ku bur si maa ti bagi yang terlepas menyolatkannya sebelum dita nam menurut majoriti ulama.
Ini berdasarkan sebuah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, bahawa seorang wanita yang sering mengemas masjid mening gal du nia. Selepas beberapa tempoh, Nabi SAW menyedari kehilangannya, lalu bertanya akan khabarnya.
Setelah diberitahu akan kewafatannya, baginda berasa kesal kerana tidak dikhabarkan dari awal seolah-olah wanita itu kecil peranannya. Lalu baginda meminta ditunjukkan ku burnya, dan baginda pergi menyolatkan wanita tersebut di kuburnya.
2. Hadis mengenai solat jena zah di ku bur bagi yang terlepas ada diriwayatkan dalam beberapa hadis lain seperti hadis Ibn ‘Abbas RA [riwayat al-Bukhari dan Muslim], hadis Anas RA [riwayat Muslim], dan hadis mursal Sa’id bin al-Musayyib [riwayat al-Tirmidzi, Ibn Abi Syaybah dan al-Bayhaqi].
3. Bagaimana posisi solat tersebut?
Penyolat hendaklah menghadap ke arah kiblat seperti posisi solat jena zah. Jika si maa ti lelaki, penyolat berdiri di bahagian kepalanya, manakala jika wanita, penyolat berdiri di tengah ku bur.
4. Berapa tempoh kema tian yang diharuskan solat jena zah di ku burnya?
a. Ramai ulama mazhab Hanbali dan sebahagian ulama mazhab Syafi’i mengharuskan sehingga sebulan selepas kema tian berdasarkan hadis mursal Sa’id bin al-Musayyib bahawa Ummu Sa’d RA meninggal ketika Nabi SAW keluar kawasan, kemudian tatkala baginda pulang dan mendengar khabar akan kewafatannya, baginda terus ke ku burnya dan menyolatkannya walaupun telah sebulan tempoh pemergian Ummu Sa’d RA.
b. Ramai ulama mazhab Syafi’i yang tidak meletakkan sebarang tempoh dengan syarat si ma ti cukup kriteria untuk solat seperti baligh dan berakal.
Mereka melihat hadis mursal Sa’id tersebut tiada sebarang penetapan tempoh, namun hanya sekadar kebetulan yang menceritakan peristiwa.
5. Bolehkah orang yang telah menyolatkan si maa ti sebelum ditanam menyolatkan si ma ti kembali di ku burnya?
Ada beberapa riwayat hadis yang membenarkan [rujuk Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari karangan Ibn Hajar al-‘Asqalani].
6. Hukum asal bagi solat di ku bur adalah haram. Hanya solat jena zah sahaja yang dibenarkan dan mendapat pengecualian dari hadis:
لا تجلسوا على القبور ولا تصلّوا إليها
“Janganlah kalian duduk di atas ku bur dan jangan pula solat menghadapnya” [riwayat Muslim].
Manakala solat lain yang mengandungi rukuk dan sujud tidak dibenarkan dan tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabatnya RA, kerana ia boleh mengundang ke arah syirik.
Justeru dapat difahami pelbagai ritual di ku bur yang dilakukan sebahagian masyarakat seperti bermajlis zikir, memohon hajat dan seumpamanya merupakan perbuatan yang sama sekali bertentangan dengan syarak.
7. Semua hadis menunjukkan bahawa hanya insan yang kita kenali atau yang ada kaitan sahaja yang disolatkan di ku bur seandainya terlepas sebelum ditanam. Selain itu hanya disyariatkan untuk berdoa memohon pengampunan dan keselamatan buat mereka.
Moga Allah mengampuni, merahmati dan menempatkan semua umat Islam yang telah pergi di sebaik-baik tempat.
Sumber: Fa ce bo ok Dr. Kamilin Jamilin