Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Terlihat cuping telinga. Ada yang lebih teruk tersingkap sampai nampak batang leher, bersama dengan anak rambut yang maha banyak.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Saya selalu tertanya-tanya apa nilaian tudung yang terletak di kepala sebenarnya?
Sekadarnya sebagai, asal pakai tudung kira settle lah tutup aurat.
Walaupun;
1. Pakai seluar jeans ketat sendat dan potongannya sekadar sampai di betis
2. Pakai baju lengan panjang; tapi panjangnya hanya sampai lengan sahaja. Jika lengan bajunya cukup panjang, dilipat-lipat dan di sinsing, baru nampak style.
3. Beli shawl super pendek yang akhirnya hanya cukup-cukup lilit leher depan belakang. Tak mampu langsung cecah ke paras dada, apatah lagi menutupinya.
Lepastu, claim ikut fesyen.
Istilah fesyen-fesyen ini hanya muncul selepas Barat memperkenalkan hiasan-hiasan untuk wanita. Muslimah jadi confuse dengan kehendak mahu bercantik-cantik dengan caara yang tidak syar’i ini.
selagi kita tak settle bab aurat ni, banyak benda lagi yang tak settle sebagai orang Islam. Benda ini basic sangat-sangat. Belum masuk lagi yang makeup melampau-lampau. Solekan tipis itu memadai.
Nak tahu make up kita cukup melampau atau tidak, tengoklah pada ketahanan make up itu. Atau ukurannya boleh dilihat pada telekung-telekung di mall yang tercalit FD, lipstick dan mascara bertepek-tepek.
Masuk isu wudhu pula kan. Isu solat sah atau tak. Banyak lagilah isu yang terlibat, sebenarnya. Belum masuk lagi tabarruj, ikhtilat.
Sebenarnya, asas pemakaian dalam Islam untuk menutup aurat. Jika berpakaian tapi belum mampu menutup aurat, ia sebenarnya telah merosakkan pemeliharaan terhadap sesorang wanita.
Suami, jika isteri anda belum settle part menutup aurat ini, uruskanlah!
Tapi jika anda sendiri yang menggalakkan dan suka melihatnya, malah berbangga kerana punya isteri stylo, maka nauzubillah!
Sila baca talkin untuk diri sendiri.
sumber; Hazwani Mohd Dah
kredit link; Nur Izzati Rosdi