Ustaz Iqram Mohamad Noor – Apabila “Diberikan” Bible oleh pemandu Grab

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Apabila “Diberikan” Bible Di Dalam Grab

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Tadi saya naik Grab yang pemandunya merupakan seorang uncle cina berusia lewat 50-an.

Ketika saya masuk ke dalam kereta tersebut, mata saya terus terpanah ke arah sebuah buku kuning yang terselit dibahagian tempat duduk belakang. Jangkaan awal saya mengatakan itu adalah Bible dan menganggap pemandu ini sememangnya seorang Kristian yang taat.

Lalu saya mengambilnya dan melihat buku tersebut, ternyata sangkaan saya tepat ia adalah Bible versi denominasi (aliran) Katolik. Lalu saya mulakan sapaan di dalam english menanyakan adakah Bible ini adalah versi Katolik? dan dia menjawab ringkas “Ya ya, kamu boleh ambil bawa balik” sambil matanya melihat cermin tersenyum lalu dia menyambung “Kamu tahu?” Soalnya kembali.

“Ya, sebab bahagian depan buku ini mengatakan with deuterocanonical books/ apocrypha ini adalah buku-buku yang dibuang oleh denominasi Protestan.”

Kerana jika dilihat di dalam Bible versi Protestan, mereka akan mengurangkan 9 buku di dalamnya iaitu buku Tobit, Yudit, 1 dan 2 Makabe, Kebijaksanaan Solomon, Sirakh, Barukh, Tambahan Ester, dan Tambahan Daniel. Buku-buku ini dibuang dan tidak dianggap kitab suci di sisi aliran Protestan. Ini antara perbezaan utama antara Bible aliran Katolik dengan Protestan.

Saya bertanya kepadanya:

“Uncle tahu bagaimana boleh berlaku perbezaan jumlah buku-buku ini di dalam Katolik dan Protestan?”

“Owh, Maaf, Saya tak pasti. Tapi yang saya tahu Katolik lagi lama dari Protestan, dan Protestan ni baru.”

Saya cuba menghadam jawapan ringkas yang selamat itu. Hati saya berbelah bahagi samada untuk terus masuk kepada kelebihan al Quran atau teruskan untuk berbicara soal perbezaan ketara dua versi Bible ini. Saya menyambung:

“Sebelum wujud Katolik sudah ada satu aliran yang awal Judeo Christianity yang diimani oleh the disciples (pengikut awal Jesus) yang mereka tidak mengimani Jesus itu sebagai Tuhan. Arianisme yang diperjuangkan oleh Saint Arius sebelum berlaku persidangan Nicea juga tidak menganggap Jesus sebagai Tuhan.

Selepas berlaku persidangan Nicea itu barulah wujudnya aliran Katolik di bawah pimpinan Rom, jadi yang lebih lama dari Katolik adalah mereka yang percaya kepada satu Tuhan dan tidak menganggap Jesus sebagai Tuhan”

Uncle tersebut mula diam, mungkin merasa tidak selesa dengan jawapan saya yang agak “menye rang”.

Lalu saya sambung:

“Uncle tahu, di dalam Islam kitab al Quran adalah lama, lebih daripada 1400 tahun. Tetapi al Quran tidak ada bacaan versi berbeza-beza. Ia sama sejak zaman dulu sampai sekarang. Seluruh dunia baca hanya satu versi sahaja al Quran di dalam bahasa Arab. Tidak ada Al Quran yang dikurangkan “buku-buku”nya (surah-surah) seperti Bible versi Katolik dan Protestan. Semua membaca al Quran yang sama. Uncle pernah baca al Quran?”

“Belum, saya tak pernah baca” jawabnya ringkas

“Tak mengapa, sampai rumah saya, saya bagi al Quran yang ada terjemahan”

Saya kira deal yang baik, dia tawarkan Bible kepada saya lalu saya tawar kepadanya kembali al Quran untuk dia baca.

Setelah saya memberi al Quran terjemahan english yang ada dalam koleksi saya kepadanya saya berpesan:

“seperti saya tahu tentang kitab suci uncle, uncle juga perlu tahu tentang kitab suci saya. Supaya kita saling mengenal, apa pandangan uncle?”

“Ya ya betul”.. jawapnya ringkas

“Jika ada apa-apa persoalan yang uncle nak tahu tentang Kristan atau Islam, uncle hubungi saya.”

Kita doakan agar Allah memberikan hidayah kepadanya. Amin

Jika mereka berusaha dengan pelbagai caara untuk menyebarkan ajarannya, mengapa kita tidak berani untuk berkongsikan kebenaran kepada mereka?

sumber; Ahmad Iqram Mohamad Noor

Add Comment