Pesan Ustaz Muhammad James kepada anaknya buat netizen SEBAAK

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Pesanan pada putera ku.. “ayah dulu susah.. darjah 6 (1986) dah kerja kontrak angkut bata masuk lori ketika perumahan Bukit Jana Kamunting Perak baru nak buat, kadang jual kuih rumah ke rumah, tingkatan 1 sampai tingkatan 3 ayah kerja caddy di kelab golf Taiping, lepas tingkatan 3, masuk belajar di maahad, tinggal asrama 5 tahun yuran tak bayar, sambil kerja di stesyen minyak.. masa tu nak ambik 4 thanawi..

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Al-Marhum tuan guru ayah, juga Mudir Maahad kata pada ayah “ayah nak enta belajar sampai jordan, habis belajar nanti, balik dah kerja, baru bayar yuran tertunggak 5 tahun tu”.. alhamdulillah ayah berjaya bayar yuran tertunggak tu lepas balik Sudan 1998.. tersenyum kak biah (kerani) masa ayah datang bayar yuran..

Di Jordan & Sudan ayah tak ada duit nak bayar yuran, duit belanja opah bagi sangat terhad untuk sewa rumah, makan dan duit kitab, ayah hutang ngan kawan2, lepas balik malaysia, 2012, ayah habis bayar hutang kawan yang sama belajar di jordan dan Sudan.

Masa belajar di maahad nak beli kitab pun tak ada duit.. tunggu ada orang maa ti, pi solat maa yat, lepas solat dapat duit rm3 dalam sampul, duit tu la ayah kumpul beli kitab.. bila tak ada orang maa ti, tak sabar nak tunggu.. sapa la nak maa ti esok.. .

Tinggal di asrama maahad 5 tahun, ayah banyak masa tido di musolla maahad.. sebab ayah datang ke maahad, tak macam pelajar lain, ayah tak ada tilam dan almari.. kena tunggu ada almari dah rosak yang pelajar lama buang, ayah ambil repair.. itulah kesusahan ketika ayah belajar dulu..”

Wahai putera ku dan anak2 di luar sana.. nasib kalian tidak sesusah kami di zaman belajar.. hari ni kalian bukan sekadar mewah, bahkan mampu memiliki smartfon.. maka bersyukurlah atas apa yang Allah kurniakan pada kalian..

Jika terkenang susahnya zaman belajar.. air mata boleh menjadi lukisan gambaran kehidupan..

Ingatlah.. SUSAH itu bukan ujian, tetapi SUSAH itu adalah sebahagian dari kehidupan.. yang kita bimbangkan, bukan KESUSAHAN.. tapi KESENANGAN.. SENANG itulah ujian sebenar untuk kita, yang bakal membuat kita lupa diri & tidak bersyukur.. 

sumber; Ustaz Muhammad James

Add Comment