Benar Perkahwinan Itu Suatu Perkongsian Tapi Jangan Buat Main Bila Suami Guna Duit Isteri, Baca Dan Hadam Jawapan PU Azman

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Memang betul, ada yang kata perkahwinan itu suatu perkongsian hidup. Namun, ada adab hubu ngan suami isteri yang kita semua kena ambil peduli. Dalam undang-undang syariah ada menyatakan hak-hak isteri selepas berkahwin. Begitu juga suami. Jadi setiap pasangan kena alert dan jangan ambil kesempatan dengan ayat ‘perkongsian’ dalam perkahwinan.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Baru-baru ini, dilaman insta gram Juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2, Azman Syah Alias atau dikenali dengan nama PU Azman mendapat perhatian apabila suatu persoalan mengenai perkongsian kewangan daripada netizen yang bertanya diinstagramnya.

Soalan netizen ialah “Nak tanya, kalau husband dia buka wallet dan ambil duit isteri tanpa kebenaran. Lepas tu tak mengaku?”

Ini penjelasan PU Azman:

Haram. Suami mesti minta izin. Duit isteri, duit isteri. Duit suami, ada duit isteri. Dalam bentuk nafkah. Isteri berhak menguruskan duitnya sendiri tanpa izin suami.

Tapi suami ada hak bila

Cuma suami berhak masuk campur kalau isteri menguruskan perbelanjaan dengan cara yang salah. Seperti boros.

Isteri pula boleh ambil duit suami jika

Isteri boleh ambil duit suami senyap-senyap jika suami sangat kedekut dan tidak melunaskan pemberian nafkah sehingga menyusahkan isteri.

DALIL :

قالت هند امرأة أبي سفيان للنبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : إن أبا سفيان رجل شحيح وليس يعطيني ما يكفيني وولدي إلا ما أخذت منه وهو لا يعلم، قال خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف (مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)

Hindun isteri Abu Sufyan mengadu kepada Nabi :“Sesungguhnya Abu Sufyan adalah lelaki yang kedekut, dia tidak memberikanku sesuatu yang mencukupi keperluanku dan anak-anakku kecuali yang sengaja aku ambil sendiri tanpa pengetahuannya, jadi macamana tu?” Nabi bersabda, “Ambilah kadar yang cukup untuk kamu dan anak-anakmu. [Bukhari dan Muslim].

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Selamat Beramal.

Add Comment