Jika Mempunyai Hajat Penting, Dirikanlah Solat Sunat Hajat, Berikut Adalah Caara Pelaksanaannya yang Betul

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Barangsiapa yang ada suatu hajat dalam urusan dunia mahupun akhirat maka sunat ia bersolat sekurangnya dua rakaat memohon kepada Allah ditunaikan hajatnya itu.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Solat hajat dikerjakan apabila ada hajat yang penting atau mustahak seperti meminta selamat perjalanan, meminta diberikan kesembuhan dari sakit, meminta lepas dari musibah dan yang seumpamanya.

Tidak disunatkan solat hajat untuk perkara remeh temeh seperti kerana mahu pakai baju atau mahu duduk bangun.

Tidak bolih solat hajat kerana perkara yang haram seperti meminta perkara dosa dan seumpamanya.

Solat hajat ini termasuk solat-solat yang sunat. Harus dikerjakan ia pada siang atau malam.

Dalil sunat solat hajat :

Dari ‘Uthman bin Hunaif r.a. katanya :

أَنَّ رَجُلاً ضَرِيرَ الْبَصَرِ أَتَى النَّبِيَّ فَقَالَ: ادْعُ اللهَ لِي أَنْ يُعَافِيَنِي. فَقَالَ: إِنْ شِئْتَ أَخَّرْتُ لَكَ وَهُوَ خَيْرٌ وَإِنْ شِئْتَ دَعَوْتُ. فَقَالَ: ادْعُهْ. فَأَمَرَهُ أَنْ يَتَوَضَّأَ فَيُحْسِنَ وُضُوءَهُ وَيُصَلِّىَ رَكْعَتَيْنِ وَيَدْعُوَ بِهَذَا الدُّعَاءِ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِمُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ. يَا مُحَمَّدُ، إِنِّي قَدْ تَوَجَّهْتُ بِكَ إِلَى رَبِّي فِي حَاجَتِي هَذِهِ لِتُقْضَى. اللَّهُمَّ فَشَفِّعْهُ فِيَّ

artinya : “Sungguhnya seorang lelaki yang hilang penglihatannya telah mendatangi Nabi saw maka berkata ia : Doakan aku wahai Nabi agar Allah sembuhkan aku ini.

Maka jawab baginda : Jika kamu mahu aku akan tundakan bagi kamu permintaan kamu ini. Ia lebih baik. Dan jika kamu mahu juga, aku akan doakan kamu.

Kata lelaki itu : Doakanlah aku.

Maka Nabi saw menyuruhnya mengambil wuduk dan mengelokkan wuduknya itu dan bersolat dua rakaat dan berdoa dengan doa ini : ” Ya Allah sungguhnya aku meminta kepada Mu dan aku hadapkan wajahku kepada Mu dengan berkat Nabi Muhammad pembawa rahmat. Wahai Nabi Muhammad sungguhnya aku telah hadapkan wajahku dengan berkatmu kepada Tuhanku pada hajatku ini supaya ditunaikan ia. Ya Allah terimalah syafaatnya untuk aku.” (Hadith Ibnu Majah & Tirmizi)

Cara Perlaksanaan

Solat sunat hajat sama caranya seperti solat sunat yang lain samada pada syarat dan adabnya..

Niat solat hajat ketika bertakbir ialah hadirkan di dalam hati :

“Aku kerjakan solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”

atau niat-niat yang mempunyai pengertian yang sama.
Selepas membaca Fatihah hendaklah dibaca surah mana yang mudah bagi kita. Begitu juga pada rakaat yang kedua.

Selepas memberi salam hendaklah berdoa meminta kepada Allah agar hajat kita tercapai.

Antara doa yang elok dibaca ialah doa lelaki yang tersebut pada hadith di atas tadi atau doa berikut :

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ، سُبْحَانَ اللهِ رَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، الْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ وَالْغَنِيمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ وَالسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، لاَ تَدَعْ لِي ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ حَاجَةً هِيَ لَكَ رِضًا إِلاَّ قَضَيْتَهَا، يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

artinya : “Tiada Tuhan yang sebenar-benar melainkan Allah yang maha lemah lembut dan maha mulia. Maha suci Allah yang memiliki Arasy yang sangat besar. Segala pujian itu adalah milik Allah. Aku mohon kepada Mu semua yang mengundang rahmat Mu. Yang mendapatkan keampunan Mu. Dan kekayaan dari segala kebaikkan dan selamat dari segala dosa. Janganlah Engkau tinggalkan aku dalam keadaan berdosa melainkan Engkau ampunkan. Dan tidak juga dalam kegundahan melainkan Engkau berikan jalan kelepasan. Dan tiada ada sebarang hajat yang Engkau redha melainkan Engkau tunaikannya. Wahai Tuhan yang amat menyayangi dari semua yang menyayangi.”

Bolih juga berdoa ketika di dalam sujud solat sebelum memberi salam.

Solat sunat hajat afdhal dikerjakan seorang diri tetapi jika dikerjakan berjemaah hukumnya adalah harus dan sah.
Wallahua’lam

Gambar hiasan
Sumber: Ustaz Azhar Idrus (Original)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *