Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Viiral di laman so si al video pengantin lelaki yang gementar malah mengalirkan air mata ketika hendak memegang tangan isterinya kali pertama selepas ijab dan kabul untuk menyarungkan cincin perkahwinan mereka.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Video tersebut dimuat naik oleh pelakon terkenal Fasha Sandha dalam instagram miliknya sebelum ini dengan caption berharap agar mendapat jodoh dengan lelaki yang baik seperti di dalam video tersebut.
Tular hingga ke Indonesia
Dalam pada itu sebenarnya ramai yang tertanya-tanya siapa gerangan pengantin lelaki dan perempuan tersebut.
Video pernikahan itu adalah milik pasangan Nurul Hidayah Zaini dan suaminya Mohd Jazlan Mohd Jan. Malah ia pernah viiral sebelum ini.
Jazlan penuntut di Universiti Islam Madinah.
Pertemuan kami bermula ketika musim Haji tahun lalu apabila ibu bapa angkat saya yang mengenali Jazlan, datang untuk ziarah Madinah. Jadi lebih mudah bagi mereka untuk berjumpa saya dan Jazlan pada waktu yang sama,” katanya.
Ia dirakam selepas majlis akad nikah mereka hampir setahun yang lalu. Mengimbas jodoh pasangan ini, keduanya dipertemukan buat kali pertama oleh ibu bapa Nurul Hidayah di Masjid Nabawi.
Tidak bercinta seperti pasangan muda mudi sekarang, Nurul Hidayah dan Jazlan berkenalan hanya seketika sebelum melangsungkan pernikahan Julai tahun lalu.
Tidak hairanlah jika Jazlan yang ketika ini masih menuntut di Arab Saudi begitu gementar untuk menyarungkan cincin ketika upacara membatalkan air sembahyang.
“Cemas sikit masa nak pegang tu, saya tak pernah pegang tangan perempuan seumur hidup saya,”
kata Jazlan memetik status Nurul Hidayah ketika mengimbas kembali video pernikahan mereka yang baru-baru ini tular di Indonesia pula.
Baru sambut anniversary pertama
Berikut video penuh pasangan ini dan sama-sama kita doakan kebahagiaan mereka hingga ke jannah.
Video
Alhamdulilah..
Sumber : videoviral. com