“Dulu Ibu Tak Boleh Terima Anak Dikan dung 9 Bulan, Datuk Dan Nenek lah Kekuatan Keluarga Untuk Syukuri Pemberian Ini..” – Mohd Sukur

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ramai terharu saat mendapat tahu kejayaan insan hebat ini. Kejayaan yang diukur bukan dari segi harta dan pangkat. Tetapi dari segi kekuatan jiwanya yang sangat besar dan mengagumkan! Biarpun dirinya tergolong dalam Orang Kelaiinan Upaaya, Mohd Syukur Ibrahim seorang yang kuat semangat, tidak pernah mengalah dengan kekurangan tersebut.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Semoga perkongsian beliau ini menjadi kekuatan kepada para pembaca.

“Sebenarnya, insan yang lemah adalah insan yang mudah berputus asa & kerap beralasan. ..”

Berdasarkan perkongsian bapa kepada seorang cahaya mata ini sangat memberi inspirasi kepada OK U lain untuk terus berusaha mencapai apa yang diingini. Tanpa keberanian, mimpi tidak bermakna…!

Program #HadithOpenMic bersama Mohd Sukur Ibrahim memberi ruang untuk beliau berbicara. Beliau merupakan Penceramah Motivasi serta Penulis buku Inspirasi Sukur dan Takdir itu Anugerah.

Apakah perkara yang paling mencabar dalam hidup?

“Ramai yang tanya apa cabaran paling besar dalam hidup. ..?

Soalan paling popular yang beliau terima saat berjumpa denga orang ramai.

Adakah membina perniagaan yang kini sudah memasuki usia 7 tahun…?”

Atau..

“Adakah cabaran mendirikan rumah tangga yang mana saya mengambil masa 4 tahun memujuk keluarga mentua untuk mengahwini anak mereka?..”

Yep. bunyinya sangat sukar. Tetapi insan hebat ini memiliki daya pemikiran positif yang hebat. Beliau sangat yakin dan berusaha setiap satu yang beliau buat. Kekurang bukan lah alasan. Itu adalah cabaran!

Menerima saya seadanya

“Tapi sebenarnya, cabaran paling besar adalah untuk menerima diri saya seadanya. Waktu dilahirkan saya tak diterima oleh keluarga….

Terperanjat

Mak dan ayah terperanjat dengan keadaan kelahiran saya seperti ini. Mak tak boleh terima anak yang dikan dung 9 bulan adalah anak yang kurang upaaya.

“Alhamdulillah nak menjadi kekuatan keluarga adalah datuk dan nenek. Datuk naik basikal yang pergi ke balai polis dan daftar nama saya dengan nama Mohd Sukur supaya keluarga bersyukur dengan pemberian yang Allah beri kepada mereka.

Mula berfikir saat rasa kekurangan

Bila ayah dan ibu menerima dirinya sepenuhnya, rasa nk jaga dan beri kasih sayang sepenuhnya. Namun Bila Mohd Sukur sudah boleh berfikir, dalam berumur 4-5 tahun, dia pula tak boleh terima dirinya.

“Saya boleh nampak perbezaan antara diri dengan orang lain terutama dengan adik-beradik saya. Kalau ada yang datang ke rumah, saya lari menyorok di dalam bilik. Pernah saya menyorok bawah tudung saji kerana malu dengan diri saya.

Apa dosa saya?

“Saya selalu cakap dengan mak, kenapa saya dila hirkan begini, kenapa saya berbeza dengan orang lain, apa dosa dan salah saya. Kenapa tangan dan kaki saya begini. Bagaimana saya nk hidup dan berada dalam dunia luar dengan keadaan begini. Saya jadi orang yang sangat tak yakin pada diri.

Ibu Bapa daftar program

“Suatu hari, ibu bapa mula berfikir bagaimana nak bina keyakinan diri saya. Alhamdulillah mereka prihatin dan berfikiran terbuka. Jadi mereka hantar saya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam program Pemulihan Dalam  Komuniti  (PDK). Itulah titik permulaan perubahan dalam diri saya.

Ada lagi insan lebih hebat ujiannya

“Bila masuk ke situ, saya bertemu dengan kawan-kawan yang senasib dengan saya. Rupanya ada lagi yang lebih d4ifdari saya. Baru  saya sedar yang sebenarnya kekurangan diri saya adalah biasa. Walaupun taka da tangan dan kaki, ketinggian 100 cm tetapi Allah kurniakan akal fikiran yang waras dan saya boleh berjalan.

Permulaan perniagaan

“Disitulah permulaan titik perubahan hidup. Alhamdulillah, saya berjaya lanjutkan pengajian ke univeriti dan ada ijazah. Dapat membina perniagaan sendiri iaitu membekal dan memasang karpet pejabat, surau dan masjid yang kini sudah memasuki usia tahun 7 tahun bisnes ini.

3 tip dari Mohd Syukur kesimpulan dari kisah hidupnya:

Kena bersyukur : Ramai orang boleh bersabar tapi tak ramai yang boleh bersyukur

Kena beri peluang diri sendiri untuk bina kehidupan : Rezeki dan nikmat Allah akan beri tak tahu bila.

Kena sentiasa berusaha : Sebab hari ini kejayaan adalah bermula dengan sebuah impian. Bila ada impian kena ada tindakan.

Jadi…apa alasan anda untuk berjaya?

Sumber: IG Sukuribrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *