Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Sebagai umat islam yang mengaku tiada Tuhan selain Allah, kita mesti bertekad bahawa hanya Allah tempat kita bergantung. Bagaimana caranya nak buktikan yang kita sepenuh bergantung kepadaNya?
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Salah satu cara adalah dengan berdoa iaitu memohon hanya kepada Allah yang Esa. Berdoa dengan bersungguh-sungguh meminta sesuatu kerana Allah Maha Kaya. Mintalah apa saja.. kerana Dia Maha Berkuasa.
Oleh itu, jika anda hendakkan rezeki melimpah ruah tak putus-putus contohnya.. lakukanlah amalan di bawah..
Doa Dan Amalan Khusus Untuk Mendapat Rezeki Yang Tak Putus-Putus
AMALAN KHUSUS UNTUK:
1) Mendapat rezeki yang tidak putus- putus
Amalannya:
Zikirkan ayat 54 ( surah as-Saad ) sebanyak 33 kali setiap selepas solat 5 waktu. Juga ketika mengambil duit dari uncang atau dompet. (baca sekali sahaja )
Alhamdulillah,… ayat ni saya amal selepas zikir subhanallah 33x, alhamdulillah 33x, allahuakbar 33, dan doa rezeki tak putus ni 33x
Alhamdulillah.. Saya dah amalkan…Memang benar janji Allah itu, setiap kali kita memohon pasti akan di makbulkan, ..walaupun sedikit tapi tak pernah putus.
Ditakdirkan Allah sampai dua orang berkongsi amalan tersebut pada hari yang sama.
1) Seorang pakcik yang berumur 74 tahun, tetapi masih sihat, gagah dan ceria.
2) Seorang lelaki yang lebih muda dari pakcik itu.
Kedua-dua mereka Allah takdirkan bertemu di tempat yang sama (sebuah masjid) dan berkongsi amalan yang sama. Dan kedua-dua mereka juga baru sahaja pulang bermusafir di jalan Allah selama 40 hari.
Si Pakcik berkongsi amalan itu selepas subuh manakala seorang lagi, berkongsi amalan yang sama selepas Isya’.
Nah, sekarang saya kongsikan pula amalan ini kepada saudaraku, pembaca blog ini.
Bacaan dalan rumi:
In na haaa za lariz qunaa, maa lahu min nafaad.
Berikut adalah terjemahan ayat ke 54 surah as-Saad di atas. (Merujuk kepada kitab tafsir fizilil Qur’an)
“Sesungguhnya inilah rezeki kurniaan Kami yang tidak kunjung habis.” (As-Saad: 54 )
Sekali lagi, kita beramal kerana Allah perintah untuk beramal. Kita bukan yakin dengan amalan, tetapi kita mahu yakin dengan janji-janji Allah.
Kita solat kerana Allah perintahkan solat.
Dalam perintah Allah, ada janji-janji Allah. Dalam janji-janji Allah, ada kuasa dan pertolongan ghaib dari Allah.
Bila kita meminta, kita minta hanya kepada Allah. Allah, tidak mungkin hampakan kita.
Kongsikan kepada rakan rakan dan saudara kita agar sama-sama dapat manfaatnya.
gambar hiasan
Sumber aynorablogs