Pemuda berhati MULIA, separuh dari gajinya adalah untuk kucing dan anjing liar

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Bukan sehari dua tapi dah bertahun-tahun. Kebetulan kawasan aku bertugas jadi aku dapat jumpa adik Att ni setiap hari.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Kerja jaga parking kereta di pekan Bukit Mertajam, P. Pinang separuh atau lebih gajinya dihabiskan untuk membeli makanan kepada kucing dan anjing liar di daerah ini.

Agak pemalu budak ni setelah beberapa bulan baru aku dapat bersembang dengan dia. Menurutnya setiap hari dia akan memberi makan 2 kali iaitu pagi dan petang di lokasi yang berbeza.

Jadi aku tanya lagi kalau cuti atau pergi melancong macamana?. Saya tak akan pergi mana2 atau cuti saya sangat sayang dan rindukan mereka.

Tambahnya lagi kalau hari hujan kucing2 dan anjing ini akan tetap setia menunggunya walaupun basah kuyup. Itu sebabnya saya tak sampai hati nak tinggalkan mereka.

Allah mulianya hati hang Att walaupun imej nampak biasa2 tapi hati sapa yang tahu. Siapa yang tinggal area Bukit Mertajam pasti akan terserempak dengan budak ni di lorong2 kedai atau bawah jambatan.

Salam ramadhan buat semua

Kredit : Azman Ali II & امير زاريس

Add Comment