Panduan Mandi Hadas Besar Mengikut Rukun. Masih Ramai Yang Keliru Sebenarnya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Soalan : Ustaz boleh tak jelaskan panduan mandi hadas besar mengikut rukunnya?

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Jawapan : 

Mandi wajib atau dinamakan mandi hadas disebabkan keluarnya mani, keluar da rah haid, nifas dan berjunub (berse tu buh) antara suami dan isteri. Menurut pandangan As-Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqh Sunnah jilid 1 mengatakan bahawa :

“Mandi adalah meratakan air ke seluruh tu buh”.

Mandi disyariatkan berdasarkan Firman Allah yang bermaksud : “…dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib…”. (Surah Al-Maidah ayat 6)

Jelas di sini bahawa mandi wajib adalah menyampaikan air keseluruh anggota-anggota zahir tanpa ada halangan seperti cat, sisik ikan, minyak dan seumpamanya. Jika ada perkara yang menghalang air sampai ke seluruh anggota badan, maka tidak sah mandi tersebut dan ia perlu mengulangi mandi tersebut.

Perkara-perkara yang mewijibkan mandi

1. Bertemu dia khitan atau berse tu buh (masuknya za kar sehingga terbenam kepalanya ke dalam fa raj).

2. Keluar mani walaupun sedikit.

3. Ma ti melainkan ma ti syahid.

4. Keluar haid bagi perempuan.

5. Keluar nifas (da rah yang keluar mengiringi ba yi ketika perempuan bersa lin).

6. Wiladah atau mela hirkan anak.

Fardu mandi

Pertama :

Niat. (Niat bermula apabila air sampai ke atas tu buh kita)

Keluar mani atau keluar haid dan nifas

“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.

“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan berse tu buh antara suami dan isteri

“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan keluarnya da rah nifas

“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

Kedua :

Menghilangkan najis daripada anggota badan. Iaitu sebelum memulakan mandi, perlulah terlebih dahulu membersihkan atau menghilangkan najis daripada anggota badan.

Ketiga :

Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan. Maksudnya ialah menyampaikan air ke seluruh bulu, rambut, seluruh anggota badan dan mengalirkan air kepada tempat-tempat yang zahir daripada khubul dan dubur.

Cara mandi 

Sebelum memulakan mandi hadas, maka terlebih dahulu mandi biasa untuk membersihkan tu buh, menghilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan. Perlulah disabun terlebih dahulu sebagai tanda menghilangkan kotoran sebelum mandi hadas. Ingatan saya, jangan ketika mandi hadas anda sabun, kerana sabun itu bukan dari air yang mutlak dan mandi hadas anda boleh menjadi tidak sah di sebabkan sabun tersebut.

Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.

Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.

Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). 
Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.

Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardu mandi.

Gosot atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.

Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki. Saya rasa ini sahaja untuk perbahasan bab mandi hadas bagi lelaki dan perempuan. Semasa mandi sebaiknya cangkunglah biar pung gung itu terbuka. Wanita pun sama, agar bukaan fa raj tu terbuka (Bibir fa raj dan dinding fa raj ialah anggota yang wajib kena basuh ketika mandi wajib)

mandi wajib tak batal jika kita memegang dan membasuh kema luan semasa mandi wajib tadi cuma wuduk yang diambil sebelum mandi akan batal melainkan tangan di alas dengan kain basahan.

Menurut pendapat jumhur ulama’, tersentuh kema luan dengan tapak tangan membatalkan wuduk iaitu al-hadath al-asghar, akan tetapi ia tidak membatalkan mandi janabah (mandi wajib – bersuci dari al-hadath al-akbar).

Perkara-perkara seperti terkentut, buang air kecil semasa mandi dsb tidak membatalkan mandi tersebut, tetapi jika seseorang itu ingin melakukan solat dan seumpamanya, hendaklah membersihkan diri dari hadath kecil dan mengambil wuduk. 

Malah menurut Syiekh Ibn Utsaimin, bekas Mufti Arab Saudi didalam bukunya al-Sharh al-Mumti’ dan fatawa Utsaimin, jika lebihan air mani terkeluar lagi selepas mandi yang bukan disebabkan oleh ransa ngan, seseorang itu tidak perlu mandi lagi. Menurut beliau :

“Ia itu jika ia melakukan mandi untuk ini akan sesuatu yang telah keluar (mani), kemudian ia keluar (lagi) semasa dia bergerak, maka dia tidak perlu melakukan mandi semula. Dalilnya adalah : Sesungguhnya sebabnya yang sama (satu sebab), maka tidak perlu melakukan 2 kali mandi.

Kerana ia keluar selepas itu tanpa mempunyai perasaan keseronokan (ransa ngan), dan mandi tidak diwajibkan melainkan ia keluar disertakan dengan rasa keseronokan” – [al-Sharh al-Mumti’ – 1/281]

Perlu diingat bahawa perkara-perkara yang membatalkan wuduk hanya memerlukan seseorang itu membersihkan diri dari al-hadath al-asghar (hadath kecil) dan mengambil wuduk kembali, dan ia tidak sekali-kali membatalkan mandi yang dilakukan keatas al-hadath al-akbar (hadath besar). Wallahu a’lam.

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Tanyalah ustaz

Add Comment