Sepuluh Pesan Emak. Satu Pesan Ayah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Pesan Emak (Sambil pakaikan baju)

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

1. “Belajar bersungguh-sungguh. Jangan main-main.”

2. “Kalau tidak faham, angkat tangan. Tanya cikgu.”

3. “Waktu rehat pergi kantin. Makan. Jangan tak makan pula. Nanti lapar tak boleh fokus belajar.”

4. “Duit jangan habiskan. Jimat. Boleh masukkan dalam tabung. Simpan untuk masa depan.”

5. “Jangan bergurau lebih-lebih dengan kawan. Berkawan elok-elok. Jangan berga duh.”

6. “Jangan nakal-nakal.”

7. “Jaga baju. Jangan bagi kotor. Jaga kebersihan.”

8. “Sebelum belajar, jangan lupa baca doa. Minta Tuhan bagi faham.”

9. “Habis kelas, salam tangan Cikgu. Supaya ilmu berkat.”

10. “Tamat waktu sekolah terus balik. Jangan merayap ke tempat lain.”

Pesan Ayah (Sambil hidupkan enjin kereta)

1. “Ingat pesan emak.”

Moral: ayah always a simple man in the world, Salam pada ayah2 semua…

sumber; Ustaz Dato’ Dr Izhar – Dr MIA –

Add Comment