Masya Allah, Dalam poket cuma RM 300, KELUHAN pelajar untuk kembali ke Mesir untuk sambung belajar didengari Allah dengan amalan ini

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Masya Allah مَاشَآءَاللّهُ , perkongsian  oleh Ustazah Puan Mashitoh Najib yang sangat menarik untuk  dibaca…

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Kisah seorang sahabat yang kesempitan…

Bayangkan dalam poket kawan saya hanya ada RM 300, nekad nak balik Mesir sambung exam, dengan konsep percaya dan yakin pada Allah, DIA BACA SURAH AL-WAQIAH SEBANYK 44 KALI BERTURUT2 bermula awal pagi hari itu, dan pada malam harinya, tanpa diduga ada seorang hamba Allah yang kaya datang sedekah padanya 5k.

Pada hari esok, kutipan sumbangan org ramai dari solat Jumaat 5k. Subhanallah menangis kawan saya tanpa diduga Allah beri sekelip mata.

Pengalaman sendiri…

Saya juga pernah melakukan amalan yang sama sepanjang perjalanan nak pergi tempat kerja, atas jalan jem, saya sempat habiskan 7 kali bacaan surah Al Waqi’ah. Sampai tempat kerja tiba-tiba orang belanja sarapan, tengah hari org belanja lagi, tengok2 atas meja ada orang beri hadiah.

Order bisnes yang saya buat waktu itu (door gift yasin sebagai agen) masuk begitu banyak.

Saya hanya niat keberkatan pada surah Al-Waqi’ah. Berikan saya sesuatu yang terbaik disisi Allah pada hari itu, dan Allah beri.

Kesimpulannya, Allah Maha Kaya, janji Allah tidak pernah sia-sia buat hambanya yang bertaqwa.

Mintalah sesuatu yang khusus dari Allah, Inshallah anda pasti dapat.

Yakin & yakin

Selamat beramal semua

link sumber; Norhisham Rabat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *