Astaghfirullah hal ‘adzim, Ibu bapa mengerjakan haji di tanah suci, anak hilang kesuciian di rumah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Semoga perkongsian daripada Mak Liza yang menguruskan Baitus Solehah ini dapat memberikan sedikit pengajaran kepada ibu bapa di luar sana..

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Saat ibu bapa sedang mengerjakan haji…

“Kamu gi la ke sanggup melakukan zie na berpuluh puluh kali sewaktu emak ayah kamu pergi mengerjakan haji? Kamu tak de rasa bersalah dengan emak ayah? Kamu tidak rasa mengkhia nati emak ayah ke?

Mereka beri kepercayaan pada kamu, duduk di rumah waktu mereka tak ada. Sanggup kamu bawa masuk lelaki dalam rumah waktu mereka tak ada. Waktu mereka melakukan ibadah haji di Baitullah. “

Betapa terkejutnya saya sewaktu membaca maklumat pelatih dalam borang profile. Di dalam borang daftar masuk, ada ruang maklumat bagaimana mereka boleh mengan dung, dengan siapa, di mana, berapa kali dan lain lain.

Tujuan maklumat ini mengesan adakah benar benar terlan jur, dia niya, diper kosa atau memang melakukan suka sama suka hingga menjadi keta gih.

Jika berpuluh puluh kali melakukan dengan kekerapan setiap minggu, memang dikategorikan sebagai keta gih. Keta gih perkara yang Allah larang. Kalau pun tidak bersalah dengan Allah melakukan perkara yang dilarang kerana tidak melihat Allah, biarlah rasa bersalah melanggar larangan emak ayah. Tapi masa melakukan berpuluh kali tu pun memang ketika emak ayah tidak ada di rumah. Sebab tu berani ajak masuk dalam rumah.

Berapa takutnya terjadi perkara yang dilarang Allah ini. Bukan tidak ada didikan agama, bukan tidak tahu haramnya berzie na, tetapi apabila telah rasa seronok, itu yang melakukan berulang kali tanpa rasa cuak. Bila didapati menga dung, barulah datang keta kutan.

Sanggup berbohong dan merancang berbagai perkara agar emak ayah tidak tahu dirinya telah mengan dung.

Sebab itu datang sendiri dengan mengatakan dirinya yatim piatu, tidak ada waris. Namun apabila disiasat, ada ramai abang kakak malah emak ayah masih hidup.

Simpan sedikit rasa curiga pada anak-anak…

Begitulah wahai emak ayah diluar sana, letakkan sedikit rasa curiga pada anak anak sekiranya terdapat perubahan tu buh anak. Jangan napikan tanpa pengesahan secara perubatan kenapa tu buh anak nampak berisi dengan percaya anak kata perut buncit sebab kuat makan.

Tanam sifat ehsan dalam iman anak anak supaya mereka merasa Allah sentiasa melihat apa yang dilakukan walaupun emak bapa tidak ada. Ajar anak melakukan ibadah kerana Allah bukan kerana emak suruh. Nanti tidak buat emak denda. Merasa Allah sentiasa melihat dan mengawasi, membuat anak melakukan ketaatan kerana mencari redha Allah.

Berbeza tarbiyah ke atas mereka yang mengan dung disebabkan terlan jur ( terlan jur maknanya cuma melakukan sekali sahaja persetu buhan terlarang walaupun dengan kerelaan atas keinginan sendiri dan segera tersedar perkara itu salah, dosa besar) dibanding dengan yang melakukan berkali kali tanpa rasa bersalah.

Nak timbulkan rasa bersalah di dalam hati mereka ni yang payah. Payah mereka nak bulatkann hati mahu bertaubat. Nak bimbing pun payah. Rendam dalam clorox dicampur a sid dan kena sental dengan berus dawai. Itu pun belum tentu jadi putih. Tetap jerubu dan kelabu.

Sangat berbeza mentarbiyah mereka yang datang kerana rasa bersalah, terlan jur cuma sekali dan berusaha mohon keampunan dari Allah.

Dihujungnya nanti akan dilihat kesannya. Hujung tu bila? Selepas mela hirkan anak, akan nampak sekira bersungguh sungguh mahu bertaubat atau cuma mahu berlindung kerana malu, ada tempat nak berpantang dan ada orang uruskan waktu mengan dung dan mela hirkan anak.

Nampak sebenarnya walau orang kata itu antara dia dengan Allah. Allah akan tunjukkan kebenaran tu…

Pilihlah keampunan dan keredhaan Allah apabila telah melakukan kesalahan . Jangan berhenti memohon ampun dengan Allah. Tawadhuk itu boleh terbuka dari iman dan takwa orang yang bertaubat.

sumber; Mak Liza & Baitus Solehah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *