Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
2017. Kehilangan anakanda manja kesayangan.
2018. Kehilangan anakanda sulung kesayangan.
2019. Kehilangan teman hidup. Teman tang1s gurau, suami tercinta.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Sosok tu buh wanita ini setia berkunjung ke 4 pusa ara, termasuk pu sara bapaknya tercinta bersemadi di perkampungan darul akhirah yang sama. Saban minggu setia membawa air sebotol diracik daun pandan, berteleku di tepi pusa ra. Berbicara dari jiwa.
Wanita itu mak kami. Menghadapi tiga kehilangan secara berturut-turut adalah cabaran akbar buat mak dan kami sekeluarga. Mujur, mak adalah ikon wanita jawa yang kental jiwanya. Maka, mak masih teguh berdiri untuk kami.
Benar, kami tahu jiwa mak sudah separuh lum puh…
Tadi aku cuba usik mak semasa menghayun buaian zayn akhtar, “mak.. kalau ayah ni, dia dodoikan anak dia macam ni kan… dadidaa di da di daa. Doo di daa di daa doo..”
Ya, benar. Itulah gaya ayah mendodoikan anak di dalam buaian. Membuat lagu sendiri dengan gurindam rekaan. Mak ketawa sambil menang1s. Aku ketawa sambil menyeka airmata.
“Nasi beriani long buat sedap kan mak?.” aku berbasa basi sewaktu buka puasa semalam. “ha’ah. Sekali dia buat yang kita bahagi2 orang dulu ye.” mak memberi balasan sambil menyuap mangga, dengan mata berkaca.
“Lodeh ni abang Daus suka color kuning tapi letak tempe. Color lodeh melayu tapi bahan lodeh jawa.” aku sekali lagi ingin menguji mak. “abang kau memang suka macam gitu. Lodeh Mak Leha paling dia suka.” mak sudah semakin kuat bila berbicara tentang abang Daus.
Kadang-kadang bila mak duduk seorang atau usai solat, aku dengar suara tersedu-sedan. Sedu sedan seorang ibu dan isteri yang merindu.
Tuhan… izinkan kami sekeluarga terus berkasih sayang hingga ke syurga. Kami masih belajar untuk menerima kehilangan-kehilangan itu…
Sumber; Kheyr Hameed