Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Saya sangat takut bila mendengar cerita tentang keretakan rumah tangga . Tiap kali ada cerita yang tak sedap didengar tentang rumah tangga , saya cepat cepat pe luk anak isteri saya. Tanda syukur Allah anugerahkan mereka untuk saya .
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kerana bagi saya kelurga adalah pelengkap ke SYURGA . Jodoh dan pertemuan adalah hadiah dari Allah . Allah pilih jodoh dan ahli keluarga kita .
Anak anak yang menjadi zuriat kita adalah anugerah yang paling istimewa . Rezeki bertambah kerana nya. Anak anak pelengkap dunia akhirat .
Saya doakan anda semua bertemu jodoh yang mendamaikan hati dan terus memimpin tangan anda ke SYURGA . Keluarga ini kerajaan kecil yang wajib dipertahankan , pasti ada musuh , pasti ada ujian , pasti ada pasang surut ombak membadai .
Tiap kali ujian hadir ucapkan kalimah kalimah yang menyeru Allah . Kita semua bukan sempurna tapi kita wajib mencari kesempurnaan . Bina perkahwinan kita dengan kasih sayang Allah .
Ingat kalau ada hati nak meninggalkan nya , fikir dan ingat saat saat anda mahu memilikinya .
Ujian kita beza beza .
Allah sedang mencatur hidup ini dengan apa yang kita sangka kan .
Ya Allah ! Peliharalah Kami…
sumber; PU Amin