Subhanallah, lelaki bertatu ini jadi asbab keluarga Cina lafaz SYAHADAH

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

EMPAT tahun lalu, lelaki bertatu ini bukan calang2 orang… 

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Ini TAN Wei Hon atau Muhammad Randy.

Tarik kereta, kutip hutang tanpa lesen, urus beberapa pub sekitar Perai dan Permatang Pauh merupakan antara kerja hariannya, demi terus berjuang untuk hidup.

Suatu malam, di pasar lama Pekan Permatang Pauh, Tan Wei Hon mengambil keputusan untuk memeluk Islam selepas berkongsi meja makan dengan Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim.

Zolkifly, Penasihat Persatuan MyIKUT Mewakili 10,000 Suara Reverts Pulau Pinang (MyIKUT) menceritakan mengenai kelebihan berbakti kepada ibu bapa yang telah mening gal du nia.

“Empat tahun lalu, saya peluk Islam, lafaz dua kalimah syahadah, tukar kepada nama Muhammad Randy dan nak buang tatu di badan ini.

“Tapi, Abang Zol kata: biarkan tatu di badan itu jadi bukti saksi dua kalimah syahadah Rendy depan Allah, semacam parut pe rang pada tu buh Saidina Hamzah sebagai bukti j1 had dan ‘sya h1d akhirat’ di depan Allah.

“Malam ini, tatu di badan saya ini juga menjadi saksi sekeluarga saudara baru memeluk Islam,” ujar Muhammad Randy dalam nada yang sebak.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam..”
[Surah Al-An-An’aam: 125]

Selain sibuk sebagai aktivis dakwah MyIKUT, Muhammad Randy kerja sendiri dengan membaiki telefon.

Salah sebuah hotel terkenal di Permatang Pauh merupakan salah satu tempat lepak Muhammad Rendy, untuk mengambil dan menghantar telefon pintar yang dibaiki.

Perkenalan dengan Rendy membawa kepada minat kepada mengenal Islam…

Di sinilah, beliau berkenalan dengan Khoo Soo Boon, 50, yang bekerja sebagai juruwang di hotel tersebut.

Walaupun perkenalan mereka tidak lama, tiap-tiap kali berjumpa mereka saling bertukar pendapat mengenai nilai-nilai kebaikan yang ada dalam agama Islam dan ajaran Buddha.

Dari situ, menggamit perasaan yang kuat dalam diri Soo Boon untuk kenal keEsaan Allah.

“Sudah hampir setahun saya mengkaji apa itu Islam dengan bersembang dan membaca buku.

“Berkawan dengan Randy pun tidak lama, tetapi ada bersembang mengenai bisnes dan siapa sebenarnya mencipta kita?

“Saya lihat Islam tak pakai banyak duit ringgit, contoh dalam upacara sembahyang atau kema t1an; dan saya rasa Islam lebih didik jiwa untuk beragama dengan hati yang mulia sebaik mungkin.

“Saya tiada masalah duit, tetapi saya perlukan sesuatu untuk jiwa saya dan jiwa keluarga saya,” ujar Soo Boon yang masih mencari-cari nama Islam hang sesuai untuk diri.

Sebelum ibadah melafazkan syahadah, Presiden MyIKUT Azley Stanley menyampaikan khutbah ringkas serta memberi respons lanjut pada semua soalan yang dibangkitkan oleh Soo Boon sekeluarga.

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan Dia berkuasa untuk menyuluh hati sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

Bukan Soo Boon seorang sahaja yang mengambil keputusan untuk memeluk Islam, bahkan isterinya, Aulia serta dua anak perempuan mereka, berusia lapan tahun dan lima tahun.

Peguam, Izad Buqhary, selepas Isyak tadi yang memimpin Soon Boon sekeluarga menyempurnakan lafaz dua kalimah syahadah di kediaman Zolkifly dekat Permatang Pauh.

Hadir sama, dua keluarga Muhajir (gelaran kepada mualaf yang peluk Islam) lain meraikan saudara baru, iaitu Soo Boon sekeluarga dalam jamuan ringkas di sini.

Sambil menikmati juadah laksa dan air oren, Izad Buqhary yang mengasaskan firma guaman Nasir Izad & Co. – NICO menawarkan konsultasi undang-undang berkaitan daftar tukar agama serta urusan kebajikan pendidikan agama kedua-dua anak berkenaan.

Zaidi Ahmad pula menawarkan diri untuk membantu Soo Boon sekeluarga membuat pendaftaran sebagai Muslim di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Info lanjut, hubungi Presiden MyIKUT Sdr. Azley Stanley atas talian 0175313272 atau Penasihat NGO dakwah berkenaan Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim (0124810074).

sumber; faqar. blogspot. com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *