Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Bulan Ramadan sememangnya dinanti-nantikan umat Islam kerana ganjaran yang berlipat ganda menanti bagi setiap amal kebaikan yang dilakukan. Keindahan bulan yang mulia ini juga menyaksikan pertembungan amalan masyarakat berlainan agama tetapi saling menghormati antara satu sama lain.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
“Setiap tahun pada Ramadan dia akan bagi wang untuk bacaan tahlil adiknya di surau. Walaupun berlainan agama, mungkin itulah tanda sayangnya pada ar wah adiknya yang telah mening gal du nia. “Sempat bergurau dengannya, “Aci tiap tahun sedekah. Aci kena masuk Islam jugalah macam your ar wah adik”… dia gelak saja cakap ‘InsyaAllah, InsyaAllah”, menurut posting di laman so si al Fa ce bo ok sehingga dikongsi lebih 1,000 kali.
Pengguna Fa ce bo ok tersebut, Nurrizal Ahmad Imran, 46, berkata, wanita India dalam postingnya itu merupakan jirannya yang datang ke surau di kawasan tempat tinggalnya untuk menyampaikan sumbangan. Dia yang juga Pengerusi Persatuan Kejiranan Bukit Baru di Keramat Hujung, Kuala Lumpur berkata, wanita itu sering memberikan sumbangan setiap Ramadan sejak bertahun-tahun lamanya.
“Aci tu akan datang beri sumbangan berupa buah-buahan dan air kordial pelbagai perisa untuk kemudahan jemaah di surau berbuka puasa dan majlis bacaan tahlil. “Apa yang membuatkan saya lebih terharu adalah setiap tahun dia juga akan menghantar borang untuk bacaan tahlil ke surau, membuat permintaan tahlil buat ar wah adiknya yang merupakan mualaf,” katanya kepada mStar.
Nurrizal berkata, adik kepada wanita beragama Hindu itu iaitu Allahyarham Abdul Rahman Abdullah telah pun berkahwin dan isterinya juga telah mening gal du nia beberapa tahun lalu. “Selepas isteri Abdul Rahman mening gal dunia, Aci juga minta supaya tahlil dibuat untuk adik iparnya,” ujar perancang kewangan itu sambil mengharapkan jirannya diberikan hidayah dan diberkati.
Sementara itu, wanita yang disapa Aci, Vijayalechumy Shamugam, memberitahu, pada awalnya amalan memberi sumbangan dan permintaan untuk bacaan tahlil kepada ar wah adiknya dilakukan oleh ibunya. Bagaimanapun, kata wanita berusia 56 tahun itu, selepas ibunya mening gal dunia, dia menyempurnakan hasrat itu setiap tahun demi kasih seorang kakak kepada adiknya.
“Apa yang saya buat kerana terlalu sayangkan adik saya. Kami memang rapat. Walaupun kami berlainan agama, tapi keluarga kami tidak pernah membezakannya. “Hubu ngan kami tetap rapat. Yang beza hanyalah agama, ia sama sekali tidak memberi kesan kepada hubu ngan kami sekeluarga,” ujar ibu kepada empak anak itu.
Vijayalechumy memberitahu, dua daripada empat anaknya turut memeluk Islam, sambil menambah dia tiada halangan untuk mereka berbuat demikian.
“Tukar agama itu adalah pilihan mereka, kami perlu menghormatinya. Bagi saya, tidak kira apa jua agama yang mereka anuti, mereka perlu percaya dan ikhlas. “Walaupun saya tidak mengikut jejak mereka, tapi saya sejak dulu memang suka bergaul dengan masyarakat pelbagai agama. Kami amalkan kehidupan yang muhibbah. “Contohnya, kami akan melawat mereka yang beragama Islam pada Hari Raya dan menjemput mereka datang ke rumah pada Hari Deepavali, malah kami juga pernah menyertai mereka untuk berbuka puasa bersama-sama di bulan Ramadan,” ujarnya.
Namun rasa sayu dan hiba dirasai setiap kali kedatangan Ramadan dan Syawal buat Vijayalechumy yang berasal dari Kuala Lumpur itu apabila mengimbau kenangan bersama adiknya yang telah pergi buat selamanya.
“Saya begitu sayangkan ar wah adik saya. Sebab tu rindu tu amat dirasai setiap kali bulan puasa dan Hari Raya. Kami sekeluarga sentiasa mendoakan dia, juga diharap orang di surau mengadakan tahlil buat ar wah dan juga mendoakan dia supaya tenang di sana,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Sumber: mstar