Masya Allah, sungguh indah sekali tazkirah ni – Apa yang paling penting apabila tiba masanya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Perkongsian dari Ustaz Amin berkenaan apa yang paling penting dalam kehidupan kita sebagai Manusia? Apa yang sebenarnya yang kita cari dalam kehidupan kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini…

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Sampai suatu masa kita akan rasa bahawa HARTA itu sangat penting di dalam hidup, namun bila tiba suatu masa lagi kita akan rasa HARTA sudah tidak begitu penting tetapi KESIHATAN pula akan jadi lebih penting.

Apa guna duit bertimbun jika tidak sihat, hidup dibelenggu dengan penya kit2 yang membataskan pergerakan fizikal dan kecergasan men tal.

Bila sampai suatu masa yang lain pula, kita akan rasa kesihatan sudh tidak begitu penting lagi… Saat itu kita akan rasa bahawa kasih sayang anak cucu lebih utama kerana kesunyian hidup akan terubat bila anak cucu bertanya khabar dan kepulangan mereka sentiasa akan dinanti-nanti…

Dan yang paling akhir sekali, bila tiba saat-saatnya nanti, kita akan merasakan bahawa apa yang paling penting ialah AMAL IBADAT yang bakal menjadi bekalan terpenting untuk mengadap Ilahi…

Subhanallah, marilah kita sama2 kutip mutiara ilmu yang sangat berguna ni daripada Ustaz Amin. Jika anda fikir tazkirah yang cuma berdurasi 1 minit ini tidak penting, lupakan sahaja…

sumber; MUSAFIR ILMU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *