Bro Firdaus Wong, Imam lupa baca 1 ayat al-Fatihah, kenapa kita suka dedah A1B saudara kita

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Imam terlupa baca ayat ke-6 Surah Al-Fatihah, makmum sepatutnya tegur terus andai tersedar. Bagi yang rekod video dan sebarkan di media so si al, andai dah maklumkan kepada imam dan pengurusan masjid, tak perlulah ditularkan video ini.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Imam juga manusia biasa yang boleh terlupa. Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam dah ajar andai Imam terlupa atau tersalah bacaan, makmum lelaki belakang boleh sebut ‘SubhanAllah’ & betulkan. Tiada saya jumpa lagi syariat Nabi agar kita ceritakan dan tularkan kepada orang lain andai Imam terlupa atau terlupa.

Masalah kronik kita adalah menanti orang melakukan kesilapan lalu kita tularkan terus. Apakah kita suka andai kita terlupa atau tersilap lalu orang lain menularkannya? Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda;

Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aib orang itu pada hari kiamat.” (HR Bukhari)

Semoga Allah menutup aib kita dan membantu kita menutup aib orang yang lain. Allahuma Ameen.

Sumber; Firdaus Wong Wai Hung

Add Comment