Siapakah lelaki ini? Kenapa beliau berada bersama nelayan? Inilah Bro Ebit Lew yang sentiasa prihatin dengan denyut nadi MARHAEN

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ya Allah, admin terfikir mengapalah pendakwah terkenal tanahair, Bro Ebit Lew ni bersusah payah naik bot, dipanah terik mentari yang merimaskan?

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Sebelum ni, beliau juga sangat dikenali di kalangan gelandangan ibu kota kerana sering menyantuni mereka dengan juadah dan ramah.

Siapa dia Bro ebit ni? Dia bukan Wakil Rakyat a.k.a YB, jauh sekali Menteri! Dia cuma seorang pendakwah yang sudah cukup berceramah di masjid atau bilik berhawa dingin tetapi kenapa dia lakukan semua ni?

Bro Ebit Lew menulis…

Sedih saya hari ini dakwah dan berkongsi di jeti dan naik bot cerita-cerita di jeti umbai. Ya Allah sedih lak dengar cerita nelayan. Betapa susahnya saat dipukul ombak kuat… angin sangat kuat. Berdoa pada Allah. Solat di atas bot. Mereka tanya dan bertanya kaedah bila solat atas bot. Saya tunjukkan caara solat atas bot tadi jika angin kuat.

Cerita terpaksa pinjam duit sana sini untuk beli bot dan nak beri apa yang anak-anak perlukan. Cuba tengok susah ayah dan ibu. Pakcik ini dengar kisah hidupnya sebak. Pesan pada anak-anak kami dekat atas bot solat. Cari rezeki. Selalu gak dapat beberapa ekor ikan. Sampai rumah beras takde. Ya Allah.

Sedih katanya hari ini letak banyak jaring. Satu ikan pun tak dapat. Sedih saya ustaz. Ya Allah, menangis saya dengarnya. Keluhan hatinya bila laut terce mar dan ada satu bot pecah kami lalu. Pecah 2 sampai sekarang ada disitu lagi. Tak dibersihkan. Makin susahlah mereka nak cari ikan.

Semoga Allah rahmati pakcik dan keluarga. Rahmat hidup nelayan di luar sana. Beri kesihatan, rezeki mencurah dan rahmat buat keluarga nelayan yang memperta ruhkan nya wa demi mencari rezeki halal kerana Allah.

sumber; Ebit Lew

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *