Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Semalam terima satu call dari seorang sahabat mualaf yang diuji baru2 ini. Beliau mendapat no kita dari sahabat kami Dato Kassim dari Kuala Selangor.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Beliau menceritakan kisah beliau yang memeluk agama islam selepas keluar dari penja ra. Memeluk agama islam dan diuji baru2 ini.
Dia berumur 50an dan berkerja sebagai security guard di PJ. Baru2 ini dia di buang kerja sebab majikan dapat tahu yang dia bekas ban duan. Kesnya cuma berga duh sebab mintak hutang dengan kawanmnya.
Bila diuji dia pergi ke beberapa organisasi islam dan NGO dan ada yang beri dia RM50 dan ada yang beri dia RM 100. Ujian dia sebab tak kerja dan di buang kerja dia tak dapat bayar sewa selama 2 bulan sehingga bilik yang dia duduk di kunci beberapa hari lepas.
2 hari ini dia tido di bawah jambatan di KL je. Sedih mendengar cerita sahabat mualaf kita diuji dan tak mendapat bantuan sewajarnya.
Sedangkan banyak organisasi mendapat dana dari kerajaan dan orang ramai. Cuba bayangkan mereka ini tiada arah tuju bila diuji dan mengharapkan organisasi islam untuk bantu mereka di saat mereka buntu.
Apakah susah untuk duduk dan memahami sitiasi mereka dan memberi solusi pada mereka? Sedangkan itulah kerja setiap sahabat yang berkerja di bidang dakwah. Dan jika tak boleh bantu, berilah no atau ajukan pada pihak yang boleh bantu.
Mereka ini sangat2 perlukan bantuan dari segi mendengar dan menasihatkan mereka ke jalan yang betul, ia itu dakwah.
Apa pun, kami tidak mahu menunding jari pada sesiapa dan mengambil pendirian untuk bantu mana yang kita mampu. Mungkin ada sebab dan hikmah disebalik yang berlaku.
Cuma kami harapkan organisasi2 islam bangkit dan menjalankan kerja mereka untuk dakwah dan kerana Allah S.W.T . Itu je lah harapan kami dan doa kami.
Semalam kami sempat bawa sahabat kita membeli pakaian raya, memberi sedikit sumbangan kewangan dan akan mendapatkan bantuan dari Lembaga Zakat Selangor. In syaa Allah untuk 2-3 hari, kami menasihatkan beliau untuk duduk di hotel sebelum mendapat rumah sewa.
Semoga beliau dilindungi, diberi jalan petunjuk dan dilimpahkan rezeki di dunia Akhirat. Aameen
Sumbangan anda sangat bermakna bagi yang memerlukan. Click di bawah untuk membantu. Terima Kasih. 60162691237/inspireRamadhanSumbangan
sumber; Inspirasi Mualaf