Ramai orang muda kena “Slip Disc”. Dktor ini jelaskan punca dan kaedah rawatannya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Aazabnya bila kena slipped disc. Rasa sa kit tidak tertanggung, bagaikan lum puh separuh badan. Sa kit pinggang dan bahagian belakang bagai mencucuk-cucuk, serba serbi tak kena dibuatnya.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Agak membimbangkan usia masih muda, namun ramai yang mengh idap penya kit ini. Mungkin atas faktor gaya hidup serta jenis rutin aktiviti yang dilakukan setiap hari menyebabkan ia terjadi.

Jemput baca perkongsian ilmu oleh Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar ini mengenai masalah Slipped Disc ini.

Patient aku selalu komplen sa kit pinggang, kerja pun berat kat kilang. Aku tanya “Pernah dengar pasal Slipped Disc?”

Dia jawab “Masalah tidur (sleep) ke doktor?” 

Slipped disc ni makin banyak kita jumpa. Boleh berlaku di mana-mana bahagian tulang belakang, tapi paling biasa di kawasan pinggang (lower back).

Untuk mudah faham tentang Slipped disc ni, mari belajar simple anatomy. Tulang belakang kita terdiri dari 24 set tulang yang di panggil vertebra. Setiap tulang ni di susun antara satu sama lain secara memanjang, dan membentuk satu laluan untuk sa raf tunjang lalu di situ (spinal cord). Tulang tulang vertebra ini protect spinal cord kita.

Antara tulang vertebra ke tulang vertebra yang lain, ada struktur yang dipanggil interbertebral disc. Fungsi disc ni macam shock absorber kereta. Ia menyerap hentakan masa kita lari, jalan, lompat. Setiap disc ni tebalnya ~ 1/2 inci.

Tengok gambar anatomy disc yang di sertakan. Ada 2 parts, lapisan luar yang dipanggil Annulus fibrosus yang lebih tahan lasak & fleksibel, Lapisan dalam nya dipanggil Nucleus pulposus. Nucleus pulposus ni macam jel, lembut.

Masalah slipped disc bermula bila bahagian nucleus pulposus tu mula terkeluar, menekan annulus fibrosus. Tekanan ke atas annulus fibrosus ini yang menyebakan simptom SA KIT BELAKANG tu.

Kalau tekanan makin kuat, nanti annulus fibrosus pun akan terkesan sama & membengkak. Bila ini terjadi, spinal cord yang ada di sekitar itu pun akan ditekan / di himpit. Himpitan saraf ini yang menyebabkan simptom LENGUH / KEBAS / HILANG POWER pada kaki.

PUNCA: Punca biasa slipped disc ialah wear & tear, iaitu bila makin meningkat usia, ia akan mengalami kerosakan & mula bengkak / koyak annulus fibrosus. Ini dipanggil Disc Degeneration. Masa muda, disc itu kaya dengan air. Bila dah tua, water content mula berkurangan, dan ini menjadikan disc kurang fleksibel. Disc yg kurang air (kering) ini pun mula kecut.. so jarak antara vertebra bones akan jadi makin rapat…. dan ini meninggikan ri siko slipped disc terjadi.

Walaubagaimana pun, yang usia muda pun ramai kena Slipped disc. Why? Antara punca nya:

1.Trauma / jatuh / acci dent
2. Obe siti (berat badan berlebihan bagi tekanan pada disc)
3.Kerja / aktiviti yang berulang ulang melibatkan belakang, seperti angkat barang / membongkok

4.Gaya hidup pemalas ( sedentary lifestyle) – Senaman regular membantu kurangkan berat badan & kuatkan muscle belakang badan (yang akan support tulang belakang)

5.Selalu memandu, terutama jarak jauh. Duduk lama masa driving & kesan gegaran dari body kereta pada spine, boleh beri kesan.

RAWATAN:
1.Tak semua Slipped disc perlu pembe dahan, majoriti perlu ambil pain kil ler bila sa kit.

2.Sun tikan steroid di belakang ( epidural steroid) mungkin diperlukan untuk melegakan keradangan ( inflammation).

3.Physiotherapy secara berkala perlu untuk kuatkan muscle tulang belakang.

4.Hanya dalam kes kes tertentu kita perlu kan surgery, Ada banyak jenis surgery, so tak perlu nak tahu secara detail. Yang ini kalau perlu dilakukan, pakar be dah ortopedik anda akan explain dengan lanjut.

5.Rawatan alternatif macam urutan, mungkin berkesan untuk legakan kesa kitan ( temporary), sebab muscle keliling spine yang terlibat akan menegang akibat inflammation process. Urutan TIDAK akan menyembuh slipped disc / menolak disc yang terkeluar masuk ke tempat asal.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jagalah kesihatan dan elakkan perkara-perkara yang boleh menjadi punca kepada masalah slipped disc ini.

Sumber:Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *