“Berborak Lama Kita, Akhirnya Baru Tahu Tu Permaisuri Agong”- Caliph Busker tak sangka soalan yang ditanyakan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Siapa sangka dahulu kumpulan Caliph Busker hanya bernyanyi sebagai busker di tepi jalan sahaja. Namun kini mereka berpeluang mempersembahkan bakat mereka kepada orang-orang ternama la por Awani.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Dalam satu entri di Insta gram, Kumpulan Caliph Busker memuat naik satu video dimana mereka sedang menyanyikan sebuah lagu mereka sambil disaksikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Video :

Momen indah tersebut berlaku ketika mereka sedang menunggu untuk membuat persembahan dalam satu majlis berbuka yang turut dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan Permaisurinya.

Tanpa disangka, mereka didatangi Tunku Azizah yang datang memberi salam dan berborak panjang dengan mereka.

Namun di akhir perbualan, barulah mereka dimaklumkan bahawa individu terbabit adalah Raja Permaisuri Agong. Momen itu membuatkan mereka semua berasa begitu terharu kerana dapat meluangkan masa dengan Baginda Sumber: Astro Awani

Add Comment