Lelaki Tua Ini Dipanggil “Beruk” Oleh penduduk setempat Kerana Kemiskinannya, Bila Disiasat Rupanya Pak Rahim Ini Bukan Biasa2

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ini adalah satu kisah benar yang membuatkan hati penulis meruntun hiba. Kerana kemiskinan hidup lelaki ini diejek dan dipanggil “beruk” oleh penduduk setempat kerana keadaannya yang serba kekurangan. Bacalah kisah ni, Semoga memberikan keinsafan kepada kita semua.

Join Group Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Lawatan meruntun hati ke rumah pak rahim di jalan Laloh – Sungai Sam, Misi akidah dan kemanusiaan. Solatnya cukup 5 kali sehari. Bersih orangnya tapi dihlna oleh segelintir kerana kemiskinannya.

Jika ada yang kata beliau begini dan begitu sesungguhnya kalian sangat ke jam. Kami sudah seminggu menyiasat individu ini. Kami tahu apa yang sebenarnya berlaku. Kami dah temubual ramai orang yang dekat dengan beliau. Janganlah berlaku k3 jam dengan insan ini. Jangan halang bantuan untuk sampai kepadanya.

Saya tengah siapkan dokumentari khas kepada Pak Rahim ini. Ca c1an dan h1 naan yang diterima adalah asam garam yang beliau terima sejak umur 8 bulan. Pak Rahim hidup sebatang kara di atas tanah pusa ka.

Bila ditanya apa sumbangan yang pernah beliau terima beliau menjawab antaranya ialah “Dipanggil beruk oleh segelintir masyarakat”. Katanya. Bila beliau datang ke kedai kopi ada yang berkata “Beruk dah sampai.. beruk dah sampai…”

Itulah antara sumbangan yang beliau terima. Tanpa kami sedar air mata kami semua menitis. Pak Rahim kuat pegangan agamanya, solat dan zikir sangat rajin. Rumahnya “T0tal lost” dek banjir dan pondok usang inilah tempatnya berteduh.

Sewaktu kami sampai sekitar jam 5 petang, Pak Rahim belum balik dari menoreh getah. Kami tunggu beliau balik dan seketika kemudian kami tengok beliau termegah-megah turun bukit. Di lehernya dikalungkan getah skrap untuk jadi bahan bakar nak memasak makan malamnya nanti.

Dia terus minta izin untuk mandi. Dia ambilnya sabun dalam plastik dan terus ke anak sungai berdekatan. Kami masih tunggu beliau bersedia, rupa-rupanya dia bergegas solat asar. Dah lewat katanya. SUBHANALLAH.. kepada yang kata Pak Rahim ini pemalas, rajin sangatkah kita?

Tuan-tuan janganlah mudah untuk judge orang itu begini dan begitu jika kita hanya sibuk duduk di pejabat dan dengar maklumat tak tepat dari wakil penduduk. Datanglah sendiri duduk dengan pakcik ini dalam hutan keseorangan seperti beliau? Berani? 1 jam pun tuan-tuan tak berani dan kami dah seminggu menyaksikan kes ini.

Saya kagum dengan individu ini. Ini kes yang sangat genuine. Biarlah apapun orang dan segelintir masyarakat setempat nak kata dan nak halang bantuan untuk pakcik ini saya akan redah. Kami akan redah halangan itu.

Saya tak sanggup lihat kesusahan yang lebih besar Allah timpakan kepada kita dek kerana sikap kita yang ke jam kepada orang yang kurang bernasib baik.

Sumber: informasisensasi

Terima kasih kerana membaca, Jika anda suka artikel ini, jangan segan kongsi.

Terima kasih.

Add Comment