‘Cheesy Sauce’ atau Sos Keju – Kegil laan rakyat Malaysia namun kelazatannya akan membawa deri taa

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kegil laan rakyat Malaysia kepada cecair keju ini bermula dari menu sebuah restoran ayam goreng terkenal, ‘cheesy wedges’ yang telah diperkenal sekian lama.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Setelah ramuan sos @ cecair keju ini ditemui, ia bagaikan satu bahan tambahan wajib untuk pengusaha makanan meningkatkan “value” produk makanan mereka.

Sebagai contoh, Roti nan sepatutnya merupakan antara makanan yang sihat.

Oleh kerana mengikut trend semasa, segala makanan akan di siram dengan cecair keju yang tinggi lemak, garam dan gula ini!

Persoalannya adakah cecair keju ini benar benar mengandungi keju?

Senarai kandungan bahan bahan yang di gunakan untuk menghasilkan cecair keju ini terbukti ia sebenarnya merupakan bahan proses yang terdiri dari pelbagai bahan perasa, garam, gula dan MALTODEXTRIN.

Mungkin anda telah tahu apa kesan makanan tinggi gula dan garam kepada kesihatan namun, mungkin ramai yang tidak tahu pasal maltodextrin. Kami kongsikan sedikit info mengenai maltodextrin ini.

Bahan tambahan yang banyak di gunakan ini merupakan bahan makanan proses yang berfungsi sebagai “pemekat” dan menambah jumlah makanan proses.

Apa yang membimbangkan, bahan ini mengandungi glycemic index yang cukup tinggi. Maknanya, selepas anda makan bahan ini, paras gula dalam da rah akan meningkat dengan mendadak.

Makanan seperti ini ternyata TIDAK sesuai untuk pesa kit ken cing ma nis. Bagi individu yang sihat, pengambilan makanan ini meningkatkan risi ko ken cing ma nis di masa hadapan.

Lihatlah anak anak kita yang begitu menggemari cecair keju ini, badannya gemuk dan obese. Anak anak obese ini tidak cergas, cepat lesu dan tidak aktif. Perkembangan minda mereka juga turut tergangggu.

Ibu bapa dan pengusahan produk makanan sekalian,

Elakkan mengguna produk cecair keju ini secara keterlaluan. Lihatlah gambar gambar menu keju banjir ini.

Adakah anda merasakan ia satu menu yang sihat untuk dimakan?

Pilihan di tangan anda.

sumber; Public Health Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *