Feri rosak waktu berbuka, Ramai Penumpang Terkejut Bila Aunty dan pemuda Cina Lakukan Ini

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Dalam konteks hidup bermasyarakat, seseorang individu perlu menunjukkan sikap saling bertolak ansur dan menghormati antara satu sama lain. Begitu yang diamalkan di negara ini apabila golongan bukan beragama Islam turut mengambil berat mengenai Muslim ketika mengharungi cabaran bulan Ramadan.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Terbaru, seorang pengguna laman Fa ce bo ok berkongsi cerita ketika berada di atas kapal feri yang mengalami kerosakkan dan malangnya, dia tiada makanan untuk berbuka puasa. Menurut Nasx Seth, dia terharu apabila terdapat dua individu prihatin menghulurkan makanan untuk mengisi perut yang kelaparan. Berbuka dalam feri!

“Dari Langkawi ke Kuala Kedah. Tiba-tiba feri rosak dan terpaksa berpatah balik. Tukar feri semula dan tiada makanan untuk berbuka puasa.. Jadi berbuka dengan air saja. “Tiba-tiba ada makcik cina ni bagi coklat untuk berbuka.. Pastu dia buka semua coklat dia bagi kat semua Muslim yang puasa sebab dia cakap kena makan kalau berbuka,” tulisnya.

Kelibat makcik hulurkan coklat

Baiknya makcik!

Bukan itu sahaja, tiba-tiba ada seorang pemuda berbangsa Cina yang berada di belakangnya turut memberikan Kentucky Fried Chicken (KFC) sementara tiba ke destinasi mereka. “Berjurai air mata aku.. Siapa cakap orang Cina ra sis aku nak bagi starlight kat dahi dia.. Rasis tu sikap individu tu sendiri.. Orang Cina bangsa Malaysia ni baik2.. No ra sis,” katanya.

Posting tersebut menjadi tu lar di Fa ce bo ok dengan mendapat hampir 800 perkongsian serta pelbagai komen netizen. Rata-rata turut bersetuju bahawa sikap perkauman terjadi apabila individu itu sendiri yang bermasalah dan bukannya diwujudkan oleh sebuah bangsa. Sumber : Nasx Seth via memorikini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *