Berang sebab pesanan lambat sampai, Tapi Akhirnya Lelaki Ini Tersentak Bila Lihat Siapa Yang Hantar Pesanan GrabFoodnya Di Luar Tingkap

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Aplikasi Grab yang dahulunya hanya menawarkan perkhidmatan e-hailing telah mengambil langkah berani dengan menambah beberapa perkhidmatan lain seperti GrabFood dan GrabDelivery.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Perkhidmatan GrabFood kini semakin mendapat tempat di hati ramai. Namun, dalam kes-kes tertentu, kebarangkalian makanan pelanggan lewat dihantar, masih boleh berlaku.

Wanita OK yU menjadi penghantar Grab

Menerusi perkongsian Shahril Jantan melalui Fa ce bo ok, dia menceritakan pengalaman menyentuh hati ketika seorang wanita istimewa (OK yU) yang menghantar pesanannya.

Malah kisah ini telah mendapat lebih 11 ribu tanda suka (likes) dan telah mendapat perkongsian sebanyak 9 ribu.

Mula2 berang jugak sebab pesanan lambat sampai!

Kebiasaannya, penghantaran barangan akan mengambil masa yang sekejap, bergantung kepada keadaan kerana menaiki kenderaan seperti motosikal.

Namun menurut Shahril, dia berasa agak berang kerana pesanan lewat tiba. Dia yang menetap di kawasan Empangan Bedok di Singapura, telah membuat pesanan melalui aplikasi GrabFood dan memesan minuman ‘bubble tea’ untuk isterinya.

Namun, penghantar minumannya mengambil masa lebih daripada 30 minit untuk mengantar pesanannya daripada Tampines, yang kebiasaanya mengambil masa 10 ke 12 minit menggunakan kereta.

Kesabaran Shahril mula menipis namun apabila dia melihat ke luar tingkap, dia ternampak seorang wanita berkerusi roda yang membawa beg berlogo Grab di belakang kerusi roda automatiknya, sedang mendekati blok kediamannya.

Tersentak lihat wanita OK yU hantar pesanan!

Hatinya mula tersentak dan Shahril bergegas turun bersama anaknya. Dia cuba untuk memulakan perbualan kecil dengan wanita itu.

“Akak bawa minuman ni daripada Tampines ke sini?”

Wanita yang bernama Sumaiyah itu hanya mengangguk dan menyerahkan minuman itu kepada Shahril lantas terus beredar.

Shahril sempat memberikan wang kepada Sumaiyah sebagai sedekah kepadanya. Dia benar-benar kagum malah berasa rendah diri apabila melihat seorang wanita kelainan upaya yang masih tabah dan cekal bekerja walaupun dilabelkan sebagai OK yU.

Antara komen netizen :

Mohd Hafiz Syokri –yg muda mudi sihat perkasa masih berharap kat BRIM…tak dapat meroyan..

Missyana Lee –Kepada para kaki samun , peragut mintak sedekah ! pe cah masuk rumah . Kau hadam benda ni baik2 ya .

Siti Fatimah –msih ade lg yg komplen kata kt malaysia ni ssh nk dpt kerja. tgok akk ni korang x malu ke ?? hahaha. btw semoga akk ni d murahkn rezki d beri kekayaan melimpah ruah. proud of you kak .

Zizie Adrina –OK uU tkde kaki tgn boleh terima hakikat yg mrka dilahirkan begitu…diorg usaha buat keje mcm2 cari rezeki buat ibadah.

Orang miskin tkde harta boleh terima hakikat yg mrka dilahirkan dlm keluarga susah…mereka usaha berniaga kecil-kecilan diterik panas demi sesuap nasi.

PON DAN sempurna tu buh badan tp tak bole terima HAKIKAT yg diaorg dilahirkn sebagai lelaki, ikut kata hati lawan kejadian TUHAN ubah ciptaan TUHAN.

Badri Hkr –Tunjuk kisah ni pada peminta-peminta sedekah yang ramai beratur kat pintu masuk masjid time solat Jumaat. Kebanyakan mereka sihat tu buh badan, kuat, muda-muda. Tambah pula dengan teknik bawa anak kecil dan baby duduk tengah panas sebab nak wujudkan rasa kasihan. Padahal mereka menyek sa budak-budak tu semua. Dan mereka semua adalah dari sindiket yang mempergunakan wanita Rohingya untuk minta sedekah.

So netizen semua, hari ini jom kita hubungi hotline Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 15999 untuk selamatkan wanita, kanak-kanak dan ba yi Rohingya dari dipergunakan oleh sindiket peminta sedekah di pintu masjid ketika solat Jumaat. Ingat peminta sedekah, ingat 15999.

Apa kata anda ? Jangan lupa like komen dan share ya. Tq

Sumber: Shahril Jantan via OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *